After PMR aku sangkakan aku akan belajar and sambung study dalam bidang sains.. tapi jangkaanku terpesong dan aku terpaksa duduk di kelas akaun selama 2 tahun dari form4 hingga form5. Aku dah tak pandang bidang sains. Tapi dalam kelas sepanjang form4-5 aku memang lah sangat berminat dengan subjek sains asas yang aku belajar.Kelas Sains la kelas yang paling aku suka. Otak aku bukanlah otak yang jenis suka benda yang kira-kira sebab konsep matematik tak berapa mahir. math moden boleh buat lagi bila kena belajar matematik tambahan memang lah tak faham even belajar 2 tahun. tetapi aku bukanlah seorang yang cerewet sangat.. Aku hanya belajar apa yang aku perlu belajar. Lepas PMR aku duduk dalam kelas akaun. Dan aku langsung tak faham apa tentang akaun.. hatta jurnal dan lejar sekalipun aku tak tahu nak bukak.
walaupun aku tak faham Prinsip Perakaunan walau sepatah haram sekalipun. Aku tetap belajar. Aku minat bahagian IT. Aku sukakan komputer,IT dan segala yang berkaitan dengan komputer..tetapi aku langsung tidak ambil subjek IT di sekolah. Subjek akaun dan addmath adalah subjek yang aku tak berapa boleh nak adapt disebabkan konsep matematik aku tak kuat. aku lemah dalam subjek tu. Aku jadi pak sanggup untuk belajar subjek-subjek tu.Sementara menunggu result SPM, Aku mempersoalkan bidang yang akan aku sambung nanti. Aku tak tahu nak pergi mana.. Di sekolah aku ambil subjek Perdagangan,Sains Sukan,Akaun dan Addmath sebagai subjek tambahan.
Keputusan SPM aku semuanya skor subjek teori, subjek matematik moden just dapat B.. Subjek Sains dapat A dan Sains Sukan cuma A-. Even subjek teras aku tak boleh nak skor semua A. Tapi itu semua milik Allah. Rezeki tu semua Allah yang beri. Aku dah cukup bersyukur. Lepas dapat result SPM.. memang la aku dalam dilema untuk memilih bidang yang akan aku sambung. Aku tak minat nak sambung sains sukan disebabkan ada perkataan sukan di depan dia. Sejak aku bercermin mata, aku langsung tak minat untuk sertai mana-mana sukan yang kebiasaannya orang malaysia main macam bola sepak dan sebagainya. Aku lebih suka sertai sukan yang lebih soft macam badminton dan segala yang berkaitan. Tapi aku bukanlah jenis orang yang langsung tak aktif dan menghabiskan masanya dengan komputer semata-mata. dan aku juga menolak untuk sambung bidang sains sukan disebabkan aku tidak mengambil langsung subjek sains tulen di sekolah.
Nak sambung perdagangan sebenarnya aku pun tak minat. Tapi apa yang aku nampak adalah subjek perdagangan ni adalah subjek yang sangat penting di kemudian hari. dan subjek ni aku boleh skor disebabkan ia hanya memerlukan teori dan hafalan.. bidang yang ada matematik atau matematik tambahan memang aku dah tolak awal-awal. tapi sebenarnya kita tak boleh lari dari matematik.. semuanya kena pakai matematik.. Lepas je dapat Result SPM aku isi macam-macam borang untuk sambung bidang yang aku nak.
Disebabkan aku boleh skor perdagangan aku isi Business Study sebagai pilihan pertama di UiTM.Akaun dah memang aku tolak disebabkan aku tak faham jadah ape akaun ni. Kedua yang aku isi adalah Kejururawatan di UNISZA dan seterusnya BAHASA INGGERIS di UPSI kalau tak silap la.
Nak dijadikan cerita, Rezeki Allah bagi aku dapat tawaran ke Matrikulasi untuk menyambung dalam bidang perakaunan. Aku juga dapat tawaran Business Study di UiTM. Selepas itu, aku memohon pelbagai pendapat daripada orang disekeliling aku. Makcik,Pakcik semua aku tanya pasal tawaran yang aku dapat. Tapi diorang perlekeh bidang bisnes tu. Aku terasa sangat bila diorang perlekeh..ya selepas 3 tahun aku belajar barangkali aku masih diperlekeh disebabkan kursus yang aku ambil. Aku juga diharamkan oleh mereka dari menerima tawaran belajar di matrikulasi. Mungkin disebabkan pengalaman anak-anak mereka ketika berada di institut berkenaan.
Aku berdegil,ketegaq.. dan aku memilih untuk meneruskan pengajian aku di matrikulasi dengan mengambil bidang perakaunan. Semangat aku berkobar-kobar. Aku merasakan aku ini seperti diperlekeh dan diperendahkan pada hakikatnya aku adalah seorang yang tinggi lampai lagi kacak. Aku mencari motivasi.. dan seterusnya aku sangat yakin yang aku akan dapat melakukan yang terbaik di matrikulasi perak. Tetapi aku tidak meletakkan harapan untuk menyambung bidang perakaunan kerana ia adalah bidang yang aku tak minat kerana kurangnya kefahaman aku di dalam subjek tersebut ketika berada di form4 dan form5. Aku hanya berharap yang aku akan skor dan sambil itu aku berdoa setiap hari agar Allah memberikan aku yang terbaik yang hanya diketahui oleh-Nya.
Sementara itu aku juga masih menunggu tawaran temuduga, latihan separa perubatan dan aku memilih semua bidang yang berkaitan dengan paramedik. Aku sebenarnya lebih memilih Kejururawatan disebabkan apa yang aku tahu kejururawatan itu adalah suatu bidang yang sangat mulia. Aku tidak tahu langsung akan kerjaya paramedik yang lain seperti Penolong Pegawai Perubatan,Physiotherapy dan sebagainya. Selain itu aku juga didorong untuk mengambil paramedik oleh saudara mara aku. Kedua-dua mereka adalah jururawat yang sorangnya adalah male nurse dan bekerja dalam operation theatre. dan sorang lagi baru sahaja grad dan menjadi staff nurse di hospital kerajaan.
Aku melatih diri untuk menjadi pak sanggup ketika di matrikulasi. Aku sangat terkejut apabila subjek yang akan aku pelajari adalah subjek matematik tambahan. Aku sangat lemah dalam subjek tersebut. Tetapi apakan daya keputusan ini adalah muktamad dan aku terus melatih diri untuk adaptasi di matrikulasi. Suasana pembelajaran di matrikulasi tidaklah terlalu tertekan tetapi setiap hari aku cuba menepis ego aku yang tidak sukakan subjek matematik akaun dan akaun. Di sinilah aku belajar memahami subjek perakaunan. semua pensyarah baik-baik belaka. aku berkenalan dengan orang yang baik-baik. Semua orang di sekeliling ku baik-baik belaka.. itu semua kuasa Allah.. aku dipertemukan dengan rakan sebilik yang baik-baik belaka dan semuanya boleh menerima aku. Alhamdulillah.. namun isi hati mereka hanya Allah yang tahu.
Aku hanya mendapat result yang cukup-cukup makan ketika UPS. semuanya gara-gara Matematik dan Ekonomi Asas. Namun aku berjaya perbaiki semua keputusan PSPM melainkan subjek matematik. Result aku sekadar beberapa nombor untuk mencapai 3.0. Selepas dapat keputusan PSPM. Keputusan temuduga paramedik pun keluar. Apa yang aku minta bukanlah seperti yang aku harapkan..Aku nak jadi male nurse tapi dapat Penolong Pegawai Perubatan....
k bersambung

1 comments:
Goodluck in your study, wish you luck. We're in the same situation.
Post a Comment