Hari ni nak kongsi cara selamat untuk log masuk ke online internet banking services. Kenapa ye perlu berhati-hati ketika menggunakan Online internet banking ni? yep bagi mengelakkan penyamun internet menyamun duit-duit yang ada dalam akaun korang. Memanglah bank menyediakan keselamatan yang amat bagus di dalam website diorang. Tapi apa yang aku nak pesan, Internet adalah medan yang paling tidak selamat bagi golongan yang tiada pengetahuan tentang IT. Even yang ada pengetahuan IT pun ada yang menjadi mangsa. Banyak vuln kat internet ni.
Aku baru je pun daftar untuk CIMB clicks. Takut nak guna bila tahu pasal kebolehan virus,malware itu ini yang mampu untuk rembat duit yang ada dalam akaun kita. Terutama Paypal dan sebagainya. Dahlah banyak guna lanun punya software, mana nak ada duit nak beli ori.. Serius memang aku rasa tak selamat.Jadi, mari aku kongsi sedikit ilmu yang aku tahu tentang cara-cara yang secure untuk login korang punya perkhidmatan internet banking. Aku akan gunakan Bank CIMB sebagai contoh ye. Sebab itu je yang aku ada.Tapi sebelum tu let me introduce you, apa tanggungjawab korang sebelum login ke website korang. Please jangan skip apa-apa yang aku tulis. Ini perlukan kemahiran berfikir jugak ye.
1st, pastikan URL korang berlabel Https dan ada logo kunci. pada bahagian kiri atas. Dan pastikan alamat bank korang adalah https://www.cimbclicks.com.my/ . Bukan apa-apa alamat lain. Kalau Cimb so pastikan betul-betul official page CIMB.. Bukan alamat lain.
Kenapa kena tengok URL ye? dan apa fungsi HTTPS tu? ok malas nak cerita panjang.. aku ringkaskan. Alamat webpage yang korang taip, pastikan alamat official page milik cimb click bukan alamat-alamat lain.. Ini bagi mengelakkan korang termasukkan ID n password ke dalam phishing website (boleh search google ape itu phishing site). Yang HTTPS tu pulak pastikan Hijau.. Bagi mengelakkan korang mendapat serangan "cookies"(cookies hijack).. oleh manusia tak bertamadun ketika korang login internet banking menggunakan wifi di tempat awam.
Berita baiknya, CiMB ni dia sediakan fungsi keselamatan yang bagus untuk orang awam menggunakan internet banking. tengok gambar bawah
Sistem ni memastikan bahawa korang masuk ke dalam webpage cimb yang betul. Disebabkan ada Secureword yang korang isi sewaktu korang daftar CIMB Clicks. Kalau keluar perkataan lain bila korang isi ID korang, Maksudnya korang masukkan salah ID ataupun korang dah isi dekat alamat phishing.
So semak balik alamat yang korang taip...
Ok seterusnya.. Nak elak korang dari jadi mangsa Keylogger. Ringkasnya, Keylogger ni adalah satu program yang dicipta khas untuk "capture" apa sahaja yang korang taip dekat komputer. Kalau korang taip ID dan password kat webpage tu. Penyamun internet akan dapat apa yang korang taip.
contohnya aku login pesbuk
Email : fahmizh33@yahoo.com
Pass : **********
ok macam ni lah apa yang penyamun tu dapat.. sebijik sebijik apa yang korang taip. Kalau komputer korang kena "Trojan" (Trojan ni nama je.. nama virus boleh macam-macam, tapi dulu memang sangat dikenali dengan nama trojan) lagi best. Penyamun boleh godek apa sahaja yang ada dalam PC korang. Contohnya gambar bogel korang, aksi 3gp panas korang dengan makwe korang.. apa-apa sahaja yang ada dalam pc korang tu diorang boleh rembat.. Terpulang diorang nak blackmail korang ke ape ke. Paling kurang, Diorang akan sebarkan gambar-gambar korang ke dalam dunia internet.
Selain itu, Jangan la buat aksi-aksi panas,bukak omegle then sambil buat aksi 18sx.. bila main webcam a.k.a video call (skype,ym,omegle,facebook) dengan orang yang tak dikenali.. Yang dikenali pun kalau boleh jangan lah. Ingat Dosa Pahala. Kalau orang tak dikenali tu tak record aksi panas korang.. ingat, penyamun internet boleh tengok apa yang korang buat waktu main webcam tu.. dia pun boleh record aksi korang. Korang bukan perasan pun. Hatta korang adalah suami isteri sekalipun, tak perlu lah record aksi panas korang then simpan dalam komputer.. kalau benda tu tersebar, padan muka.
ok itu antara apa yang penyamun internet boleh buat kat pc korang. Jadi hati-hatilah ye. Tu sebab kalau korang perasan, banyak 3gp melayu,indon,omputih apa-apa bangsa la yang senang dijumpai kat internet ni. Takder censored pun. Bila gambar,video panas korang ada kat internet, korang cuma ada peluang yang tipis untuk remove dari dunia internet.. korang report polis,skmm sekalipun benda tu tetap ada dalam internet.
Berbalik kepada cerita keylogger tadi, Cara paling selamat untuk log masuk ke internet banking online tanpa was-was.. ialah guna third party software. Macam Comodo Virtual Desktop...program ni bagus untuk semua website yang perlu ada id n password.. program ni Free je kat comodo punya website (boleh search google). Just dia punya download tu besar sikit sebab ada comodo firewall bagai.
muat turun dan guna percuma je.. dan yang penting software ni bukanlah trial version.
lepastu install software tu macam biasa, ikut je arahan dia.
lepas install.. dia akan ada icon comodo firewall kat pc korang then klik
tada.. bila desktop korang da jadi camni. .so login la macam biasa. Insya'Allah selamat.
aku nak terang lebih mendalam pun aku tak berapa pandai. Ikutkan Keylogger tak boleh hidup dalam environment Virtual Desktop(Sandbox).Jadi, Apa-apa yang korang taip, buat dalam ni memang tak dapat di capture oleh keylogger milik si penyamun. Comodo firewall ni banyak lagi benda yang advance yang korang boleh setting untuk keselamatan pc korang. Jadi pandai-pandai lah godek.
tapi takperlah. untuk pembelajaran.. niat aku cuma nak berkongsi ilmu. Selamat Mencuba. Semoga ilmu ini bermanfaat buat korang.
pesan aku, kalau korang dapat email, regarding pasal korang punya bank ada masalah ke ape ke.. better call customer services terus.. Jangan klik apa-apa link yang datang dari inbox email korang.. barangkali ada penyamun yang nak korang jadi mangsa dia..
Sekian. Assalamualaikum


0 comments:
Post a Comment