November 28, 2015 0 comments

Aktiviti Akhir Tahun 2 di KSKBJB


Aktiviti last sem 4, Tiba-tiba aswad ajak aku masuk battle of the band. Aku malas sebenarnya nak terlibat dengan aktiviti kolej.. lepak bilik main game lagi heaven.Lagipun aku ni budak nasyid, Tercalar pulak imej nasyid aku. Tapi saje masuk je la.. diorang pun bosan agaknya... aku pun tak sampai hati pulak nak menolak..lagipun ada orang yang lagi baguih dari aku. ni dalam gambar ni semua pangkat abang-abang aku. aku 20 dekad.. Diorang ni 20 dekad lebih. Kalau bersembang aku rasa banyak benda tak masuk. Sebab aku budak baru nak up. Misai pun baru nak tumbuh.

Depa bubuh band ni META band. Aku memang jarang lepak sekali dengan diorang. Sebab bilik jauh kot. Takpun memang sembang tak masuk atau memang aku malas lepak dah bila naik sem 4 ni.

 (Yang kanan sekali aku, Dot, Aswad dengan Apek)
ada lagi sorang, Lead guitarist (Afif). Time ni dia pi hantar proposal untuk research tak silap



Apapun aku enjoy aktiviti ni. Best sebenarnya lepak ngan diorang ni.. Banyak benda boleh belajar..Enjoy masuk Battle of the band walaupun no.3 ja.. Ala janji puas n orang terhibur.

 
Tak mampu nak tarik high pitch.. Suara pancit.. Buat versi biasa ja.


nah aku share video.. nak kutuk ka dislike ka apa ka.. ikut suka hati.. janji dah performed n aku puas sangat. Jumpa lagi next time.. Dah lama aku tak update.. Banyak benda aku nak share. Tapi nanti lah dulu masuk cuti sem. Itupun kalau rajin nak taip.

Pengajaran hari ini, Hidup ni kita perlukan antara satu sama lain.. walaupun berbeza peranan kita.. Lead Guitarist takder vokalis hancur, Drummer takder Rythm lari tempo, n Bass takder lagu jadi lemau macam taik.

Wassalam.. Thank you sebab ajak aku masuk band ni.. memang habis aku lepas stress haritu.
June 25, 2014 0 comments

Cara Selamat Login Internet banking services.

Hari ni nak kongsi cara selamat untuk log masuk ke online internet banking services. Kenapa ye perlu berhati-hati ketika menggunakan Online internet banking ni? yep bagi mengelakkan penyamun internet menyamun duit-duit yang ada dalam akaun korang. Memanglah bank menyediakan keselamatan yang amat bagus di dalam website diorang. Tapi apa yang aku nak pesan, Internet adalah medan yang paling tidak selamat bagi golongan yang tiada pengetahuan tentang IT. Even yang ada pengetahuan IT pun ada yang menjadi mangsa. Banyak vuln kat internet ni.

Aku baru je pun daftar untuk CIMB clicks. Takut nak guna bila tahu pasal kebolehan virus,malware itu ini yang mampu untuk rembat duit yang ada dalam akaun kita. Terutama Paypal dan sebagainya. Dahlah banyak guna lanun punya software, mana nak ada duit nak beli ori.. Serius memang aku rasa tak selamat.Jadi, mari aku kongsi sedikit ilmu yang aku tahu tentang cara-cara yang secure untuk login korang punya perkhidmatan internet banking. Aku akan gunakan Bank CIMB sebagai contoh ye. Sebab itu je yang aku ada.Tapi sebelum tu let me introduce you, apa tanggungjawab korang sebelum login ke website korang. Please jangan skip apa-apa yang aku tulis. Ini perlukan kemahiran berfikir jugak ye.

1st, pastikan URL korang berlabel Https dan ada logo kunci. pada bahagian kiri atas. Dan pastikan alamat bank korang adalah https://www.cimbclicks.com.my/ . Bukan apa-apa alamat lain. Kalau Cimb so pastikan betul-betul official page CIMB.. Bukan alamat lain.


Kenapa kena tengok URL ye? dan apa fungsi HTTPS tu? ok malas nak cerita panjang.. aku ringkaskan. Alamat webpage yang korang taip, pastikan  alamat official page milik cimb click bukan alamat-alamat lain.. Ini bagi mengelakkan korang termasukkan ID n password ke dalam phishing website (boleh search google ape itu phishing site). Yang HTTPS tu pulak pastikan Hijau.. Bagi mengelakkan korang mendapat serangan "cookies"(cookies hijack).. oleh manusia tak bertamadun ketika korang login internet banking menggunakan wifi di tempat awam.

Berita baiknya, CiMB ni dia sediakan fungsi keselamatan yang bagus untuk orang awam menggunakan internet banking. tengok gambar bawah

Sistem ni memastikan bahawa korang masuk ke dalam webpage cimb yang betul. Disebabkan ada Secureword yang korang isi sewaktu korang daftar CIMB Clicks. Kalau keluar perkataan lain bila korang isi ID korang, Maksudnya korang masukkan salah ID ataupun korang dah isi dekat alamat phishing. 


So semak balik alamat yang korang taip...

Ok seterusnya.. Nak elak korang dari jadi mangsa Keylogger. Ringkasnya, Keylogger ni adalah satu program yang dicipta khas untuk "capture" apa sahaja yang korang taip dekat komputer. Kalau korang taip ID dan password kat webpage tu. Penyamun internet akan dapat apa yang korang taip. 

contohnya aku login pesbuk

Email : fahmizh33@yahoo.com
Pass : **********

ok macam ni lah apa yang penyamun tu dapat.. sebijik sebijik apa yang korang taip. Kalau komputer korang kena "Trojan" (Trojan ni nama je.. nama virus boleh macam-macam, tapi dulu memang sangat dikenali dengan nama trojan) lagi best. Penyamun boleh godek apa sahaja yang ada dalam PC korang. Contohnya gambar bogel korang, aksi 3gp panas korang dengan makwe korang.. apa-apa sahaja yang ada dalam pc korang tu diorang boleh rembat.. Terpulang diorang nak blackmail korang ke ape ke. Paling kurang, Diorang akan sebarkan gambar-gambar korang ke dalam dunia internet.

Selain itu, Jangan la buat aksi-aksi panas,bukak omegle then sambil buat aksi 18sx.. bila main webcam a.k.a video call (skype,ym,omegle,facebook) dengan orang yang tak dikenali.. Yang dikenali pun kalau boleh jangan lah. Ingat Dosa Pahala. Kalau orang tak dikenali tu tak record aksi panas korang.. ingat, penyamun internet boleh tengok apa yang korang buat waktu main webcam tu.. dia pun boleh record aksi korang. Korang bukan perasan pun. Hatta korang adalah suami isteri sekalipun, tak perlu lah record aksi panas korang then simpan dalam komputer.. kalau benda tu tersebar, padan muka.

ok itu antara apa yang penyamun internet boleh buat kat pc korang. Jadi hati-hatilah ye. Tu sebab kalau korang perasan, banyak 3gp melayu,indon,omputih apa-apa bangsa la yang senang dijumpai kat internet ni. Takder censored pun. Bila gambar,video panas korang ada kat internet, korang cuma ada peluang yang tipis untuk remove dari dunia internet.. korang report polis,skmm sekalipun benda tu tetap ada dalam internet.

Berbalik kepada cerita keylogger tadi, Cara paling selamat untuk log masuk ke internet banking online tanpa was-was.. ialah guna third party software. Macam Comodo Virtual Desktop...program ni bagus untuk semua website yang perlu ada id n password.. program ni Free je kat comodo punya website (boleh search google). Just dia punya download tu besar sikit sebab ada comodo firewall bagai.



muat turun dan guna percuma je.. dan yang penting software ni bukanlah trial version.
lepastu install software tu macam biasa, ikut je arahan dia. 


lepas install.. dia akan ada icon comodo firewall kat pc korang then klik




tada.. bila desktop korang da jadi camni. .so login la macam biasa. Insya'Allah selamat.


aku nak terang lebih mendalam pun aku tak berapa pandai. Ikutkan Keylogger tak boleh hidup dalam environment Virtual Desktop(Sandbox).Jadi, Apa-apa yang korang taip, buat dalam ni memang tak dapat di capture oleh keylogger milik si penyamun. Comodo firewall ni banyak lagi benda yang advance yang korang boleh setting untuk keselamatan pc korang. Jadi pandai-pandai lah godek.

tapi takperlah. untuk pembelajaran.. niat aku cuma nak berkongsi ilmu. Selamat Mencuba. Semoga ilmu ini bermanfaat buat korang. 

pesan aku, kalau korang dapat email, regarding pasal korang punya bank ada masalah ke ape ke.. better call customer services terus.. Jangan klik apa-apa link yang datang dari inbox email korang.. barangkali ada penyamun yang nak korang jadi mangsa dia..


Sekian. Assalamualaikum



June 24, 2014 2 comments

Nafsu,Pakaian,Iblis Syaitan

Rant rant rant rant, itu je la kerja kau. takder kerja lain dah ke?. Suka hati aku kay, dah ini je yang aku boleh buat untuk selamatkan manusia sejagat di internet dari cengkaman syaitan yang durjana. Takkan aku nak pi penampar orang yang buat benda yang aku tak suka plak? Ni lagi satu hal pasal pakaian. Tentang pakaian ni semasa kecil, Mak pak kita selalu titik beratkan. Kalau diorang tak reti nak bercerita, diorang atleast akan hantar kita ke Taska ataupun Tadika yang menitikberatkan pendidikan agama islam dalam kehidupan. Tu maksudnya mak ayah kita sangat titik beratkan soal didikan fardhu ain dan fardhu kifayah dalam hidup kita. Ingat tu!

Even aku ni belajar fardhu Ain setakat darjah 4. Disebabkan waktu tu aku berkawan dengan kaki gam,kaki rokok..Tapi Alhamdulillah perjalanan hidup aku kira berlandaskan didikan agama jugak. Semuanya dah diatur.Aku masuk kelas aliran agama, dapat belajar lebih pasal agama sebab belajar bahasa arab dan duduk dengan ustaz-ustaz. Tak sangka dapat masuk kelas aliran agama ni. Bukan senang orang nak dapat masuk. Kebanyakan yang duduk kelas tu jenis budak-budak skema, ustaz-ustaz. Rugi sapa yang taknak masuk.. pi lari duduk kelas sekularisme.. last-last jadi golongan sekular.

aku pi besarkan gambar bukan nak suruh hangpa terbeliak mata tengok.

kalau sapa yang ada agama, faham agama.. mesti rasa pakaian yang dipakai muslimah dekat atas tu tak menepati syarat pakaian yang menepati syariat. nampak montot,nampak dada segalanya nak nampak. kenapa ye perlu buka sampai macam tu sekali? kenapa tak telanjang bulat terus bagi orang tatap je? kan senang. Duit nak beli kain pun save. Lelaki suka sangat lah tengok apa-apa yang ada pada perempuan. sebab apa yang ada pada perempuan itu sememangnya suatu yang menarik. Fitrah lelaki dilahirkan memang tertarik kepada seorang wanita.. Lelaki bernafsu kepada wanita.

Tapi, 

Allah guide kita melalui Quran dan hadis supaya kita jaga dan kawal apa yang Allah bagi. Contohnya, Manusia fitrah dilahirkan bogel..keluar je dari rahim mak, kita dalam keadaan berbogel. tapi bila dah mukallaf kena tutup aurat yang betul dan sebelum mukallaf lagi dah sepatutnya dididik untuk faham semua asas fardhu ain dan fardhu kifayah semua.. Allah bagi kita akal fikiran, perasaan itu semua harus dikawal. Nafsu pun kita kena kawal.. tu sebabnya kita ada Perkahwinan dan sebagainya.. Antara tujuan berkahwin untuk memenuhi tuntutan nafsu la.. tapi Allah tak suruh kita kahwin cuma untuk nafsu.. kita juga ada tanggungjawab. Jangan nak gunakan agama just untuk memenuhi kehendak nafsu serakah macam puak syiah.

berbicara soal nafsu. Nafsu lah yang melahirkan kehendak dan keperluan. Bila lapar nak makan, Bila dahaga nak air.. Kehendak pulak ialah sesuatu yang kita ingin capai untuk dapatkan keselesaan, Kalau keperluan kita adalah kereta kancil, kehendak pula adalah BMW. Kerana BMW lebih selesa dan berprestij..Kalau baju kita cap Hari-Hari, tapi kita nak cap Padini.. itulah Kehendak.. Ini semua satu sistem yang sempurna Allah ciptakan supaya manusia ni boleh berdikari sebagai khalifah di bumi Dia.
Nafsu perlu dikawal oleh akal fikiran. Bukan akal fikiran yang dikawal oleh nafsu.

cukup tentang nafsu, mari kita bicarakan tentang nafsu yang ada pada lelaki dan apa yang ada di kotak pemikiran lelaki terhadap wanita. Mungkin ramai lagi yang tak faham, sebenarnya apa yang kebanyakan lelaki pandang pada seorang wanita..

Mengikut satu kajian yang dijalankan ke atas lelaki di dalam sebuah negara.. Kebanyakan lelaki, setiap 10 minit akan membicarakan tentang "hubungan seks".. Kenapa? itulah fitrah.. tapi perlu dikawal melalui perkahwinan. Kalau tak dikawal, Rogol, seks luar nikah. Itulah yang akan terjadi. Lelaki, kepala hotak diorang memang sangat kreatif dan boleh membayangkan apa sahaja yang berada di sebalik kainan yang dipakai oleh seorang wanita. Saiz apa dada korang,besar mana pinggul korang, itulah yang diorang boleh bayangkan. Dan itulah yang diorang mahukan.. Diorang susah nak lawan benda ni sebab itu memang fitrah diorang..

Oleh itu, jangan korang gatal-gatal nak pi tolong diorang berimaginasi lebih dengan cara menampakkan lagi kecantikan susuk tubuh korang kepada diorang. 2-2 berdosa tau.. Nak salahkan lelaki sahaja? tak jugak. Korang pi tayang, diorang memang suka.. Allah suruh bukannya lelaki je perlu jaga mata, tapi perempuan kena tutup aurat jugak.. Aurat korang ni macam Anak kunci tau, kalau takder anak kunci tak terbuka manggar tu. 

tengok ni, ni contoh aktiviti yang lelaki lakukan bila ada internet.. itu tak termasuk kehidupan diorang kat luar lagi. Jadi korang kena faham sikap lelaki ni macam mana.. ada hikmah Allah larang sebab apa.


Wanita, takder ke rasa malu dalam diri korang bila susuk tubuh korang yang cantik tu digosipkan oleh si lelaki?diorang canang sana, canang sini..kat kawan lelaki yang lain.. itu aset korang tau. Sepatutnya korang kena jaga baik-baik. Nak tunjuk, tunjuk dekat lelaki yang ajnabi je.. Suami korang. Bakal suami tak layak ok..

Kenapa aku cerita benda ni semua? aku nak korang jadi berhati-hati dengan lelaki.. Lelaki ni akal banyak.. Nafsu 1.. Banyak la yang diorang putar belit untuk dapatkan apa yang diorang nak.. Peringatan mesra dari aku.. Kalau dah kahwin, apa yang korang nak bagi kat dia bagilah.. Kalau belum kahwin, setakat berjanji nak sehidup semati dengan korang then mintak maruah korang sebagai pertukaran.. Aku harap korang sepak lelaki macam ni jauh-jauh dari hidup korang.. sebab dia tak layak untuk korang kalau korang rasa diri korang ada maruah..

kepada lelaki, kalau ada niat nak rosak anak dara orang, fikir 1 juta kali.. Kalau niat nak touch and go, baik batalkan niat tu. Cuba korang bayangkan suatu hari korang ada anak perempuan, kalau ada lelaki lain buat kat anak korang macam tu.. apa perasaan korang? Apa perasaan Mak ayah korang bila tahu korang ni kaki rosak anak dara orang? Apa perasaan mak ayah anak dara yang korang rosakkan tu? Korang menganiaya seseorang tau. Kalau anak dara tu doakan korang merana seumur hidup.. Serta merta makbul doa dia.. Meranalah hidup korang..

memang tak dinafikan, zaman sekarang dengan persekitaran yang semakin jahiliah.. kita susah nak lawan  godaan nafsu.. terutamanya hawa nafsu..Kawan-kawan ku diluar sana, Kalau dah tak boleh tahan sangat.. Usahalah untuk kahwin.. Yang dah ada Girlfriend,Tunang,Bakal Isteri.. Bersabar dan bertahanlah.. Jangan kau rosakkan bakal ibu kepada anak-anak korang.. kelak rumah tangga korang mudah roboh dan rosak..Rumah tangga yang tidak didahului dengan cara yang halal dan diredhai Allah.. kebanyakannya langsung tidak utuh.. 

Kalau kena hantaran beribu-ribu.. cuba slow talk ngan parent belah sana.. ceritakan pasal kedudukan kewangan kita. Cerita elok-eloklah.. jangan la meraban tak tentu pasal datang rumah orang...Mana tahu suddenly pemikiran dia berubah.. Tapi jangan la hantaran sikit pun tak larat nak sediakan.. Korang tu lelaki.. Ada tulang 4 kerat untuk usaha.. Kalau hantaran RM1000 pun tak larat nak sedia, tapi benda lain korang boleh beli.. baik korang batalkan niat untuk kahwin.. dan pergi terjun bangunan.. sebab nampak sangat korang takder usaha untuk bina rumah tangga dan tak faham apa itu maksud perkahwinan dan tanggungjawab dalam perkahwinan.. Nanti bila dah beranak pinak, korang habiskan kat benda lain je... korang takder rasa tanggungjawab langsung.. duit korang habis kat smartphone.. bukannya habis kat susu anak..

Ok settle bab itu, Aku nak cerita lagi satu rahsia apa yang aku belajar.. benda ni tak rahsia dah.. tapi kita just tak perasan.. benda ni kita belajar sejak tadika sebenarnya.. 

Iblis dan syaitan ni, dia hasut anak adam sampai ke hari kiamat untuk buat dosa. Even dosa kecil ke dosa besar ke.. itulah kerja dia. Kalau tak buat dosa besar, korang buat dosa kecil pun dah memadai. Contohnya, korang sepatutnya sembahyang di awal waktu, kalau tak dapat hasut korang tak sembahyang.. kalau lewat sembahyang pun dah ok dah.. Kalau korang tak buat berat-berat dengan pakwe/makwe korang, ringan-ringan pun dah jadi dah.. kalau korang tak cukup sembahyang 5 waktu. .2 waktu dah jadi dah.. Kalau taknak bangun subuh, Qada pun takper.. Kalau taknak minum sebotol arak, sedikit pun jadilah.. kalau taknak hisap sebatang rokok.. sepam dua rokok pun jadilah.. 

padahal korang still buat dosa.. walaupun kecil sekalipun.. lama-lama jadi bukit... Kalau korang perasan selalu je bisikan-bisikan ni automatik datang.. trust me.. Korang takder niat nak buat pun benda-benda tu semua.. Contoh macam bab pakaian tu lah.. Pakaian ketat,sendat.. tudung pakai jugak.. Mesti korang fikir.. ala janji aku pakai tudung.. sepatutnya korang kena pegang "Janji aku tutup aurat".. tudung kalau singkat, baju kalau ketat.. tak guna korang pakai... sia-sia je pakai.. sebab lelaki still boleh nampak apa yang ada kat badan korang tu.. fikirkan, setiap apa yang korang pakai mesti ada function.. itulah tanda muslimah yang bijak.. Bukan sekadar ikut-ikutan sahaja seperti jahiliah akhir zaman..

sekian. Assalamualaikum.






June 22, 2014 0 comments

Flashback : Dengki & Iri Hati

aku ni jenis suka menaip, kenapa la aku tak jadi orang sastera je kan? jadi sasterawan ke novelist ke. Maybe next time. Banyak idea dalam kepala otak aku ni.. tapi still tak berjalan lagi. eloknya aku rasa aku jadi penasihat je lah.. Penasihat Perdana Menteri ke.. tunggulah. maybe waktu belajar atau lepas belajar ni ada jugak satu buah buku yang akan aku tulis. Eh? kenapa tak tunggu mati je baru tulis buku? .. Sarkastik sungguh...

Aku bercuti sebulan di rumah selepas 1 sem di Kolej. Aku sangat ambil berat terhadap pelajaran adik-adik aku. Selalu aku nasihat diorang untuk belajar sungguh-sungguh.. Aku tahu yang aku takder lah berjaya sangat pun.. tapi aku tetap nasihat diorang,bebel kat diorang tiap kali aku balik rumah.. Bila aku tengok result diorang ni teruk sangat.. mula lah aku nasihat,brainwash semua.. Bila aku tengok sekeping kertas yang memaparkan banyak subjek yang penting gagal.. mula la aku rasa nak mengamuk.. kalau boleh nak sekeh sorang-sorang itu yang terlintas dalam hati.. tapi sabar je lah.. Remaja ni memang diorang punya pemikiran nak cuba semua benda, diorang tak nampak lagi apa yang berada kat depan diorang.. Lepas aku bebel, aku duduk sorang-sorang untuk tenangkan diri. Kalau tak duduk sorang-sorang aku mula la gunakan medium facebook untuk lepaskan apa yang terlintas dalam hati aku..tiba-tiba kepala otak aku terbang waktu zaman sekolah dulu....

waktu aku sekolah.. xder orang pun guide aku.. mak ayah cakap "hang nak hidup rasa mewah hang belajar bersungguh-sungguh.. kat sekolah cikgu ajar gitu-gitu je.. aku suka subjek pendidikan islam, sebab agama ajar aku untuk jadi orang yang berguna. Subjek yang aku belajar aku tak tahu pun sebab apa kena belajar.. aku belajar sebab agama suruh tuntut ilmu.. lepastu baru nampak nak jadi apa dsb.. nak jadi ustaz, tapi tak tahu saluran mana yang betul.. dengar cakap orang jadi ustaz,ustazah ni tak boleh pergi jauh.. aku pasrah..

pastu aku minat bab IT, semua aku belajar sendiri.. tanya kawan-kawan forum semua.. abis form3 ingat nak masuk pondok..tapi tak pergi jugak. dengar orang cakap masuk pondok tak boleh pergi mana.. masuk tahfiz pun tak boleh pergi mana.. pasrah lagi.. pastu aku belajar la apa yang ada kat sekolah..subjek yang aku nampak berguna cuma subjek Sains dengan Sains sukan ja..takder sape nak guide pun.. form4,form5 aku makin melihat dunia, aku rasa aku nak sambung bidang IT, tapi nak ambil IT apesal pergi ambil Perakaunan,perdagangan,sains sukan dengan addmath?

tah, aku ambil je.. kan aku dah cakap, aku belajar sebab Ilmu. Selain tu, sebab aku takder sape nak guide untuk aku capai cita-cita aku. Masuk Form3 aku redha je apa yang aku kena belajar. Aku ingat nak masuk kelas sains. Tapi disebabkan markah math aku just dapat C je time PMR. Jadi aku dapat la kelas aliran sastera ikhtisas tu. Waktu cikgu umumkan yang aku dapat kelas Sastera Ikhtisas, hati aku sebak pun ada.. Tapi tiba-tiba hati aku berbisik "sabar, ada hikmahnya dapat kelas ni".. jadi aku pasrah..

Aku belajar je la.. nobody guides me.. takder pun orang nak encourage.. aku buat je apa yang aku  nak buat "pami,pergi belajar nuh.. meh sini abah ajar".. sorry beb jarang sekali nak dengar ayat macam tu.. Dan takder sape pun encourage aku untuk capai cita-cita aku.."pami, patutnya ambil ni,belajar camni.. baru boleh jadi macam ni".. beb takder pun. Yang aku tahu, aku set cita-cita aku ikut apa yang aku lalui.. dulu nak sangat jadi "penggodam berjaya".. sebab aku ramai kawan dengan penggodam-penggodam malaysia.. kawan ngan orang yang dah tua, tah ada yang umur dah cecah 30 an pun ada.. jadi tu la jadi macam orang tua tu. Elok plak aku ni jenis yang suka bersendirian, suka buat kerja aku.. aku malas nak campur orang sangat sebab aku tak suka kena tipu.. ye la aku kan orang yang lurus.. lurus bendul... tapi takder dah sekarang.. dah besar, aku faham dah permainan dunia ni sedikit demi sedikit.

Aku belajar, berjuang.. dengan perasaan iri hati,dengki,sedih je.. Bila aku tengok orang berjaya.. aku memang rasa iri hati, Tapi agama ajar jangan dengki,iri hati kat orang.. bila tengok kawan-kawan dapat straight A.. lebih A dari kita, adalah satu pembohongan kalau dalam hati cakap "alaa takder ape pun" melainkan orang yang memang takder langsung masa depan.. Ye lah perasaan iri hati,dengki ni sebenarnya tak sia-sia Allah ciptakan.. mesti ada sebab.. just kita kena salurkan melalui medium atau cara yang betul je. Macam hawa nafsu jugak.. Kena salurkan melalui medium Nikah.. Tapi menikah bukan semata-mata kerana nafsu.. Ada beribu tanggungjawabnya nanti..



gambar yang tah ada kena mengena atau tidak.

Aku belajar dan terus belajar.. Kemalasan belajar tu dah menjadi lumrah.. Aku ada Facebook Addicted Syndrome sebab aku malas nak berkawan kat luar.. Kalau ada kawan, luah perasaan dekat kawan sudah la kan.. sebab takder kawan pi luah dekat facebook.. Luah dekat adik-beradik  takut plak. .malu pun ada. Facebook ni anonymous sikit. jadi luah kat facebook.. Lepastu lama-lama dah tak anonymous dah. Siap bubuh gambar selfie dekat facebook.. kat timeline pulak ada ayat-ayat desperado, ayat jiwang,ayat sedih. Tapi itu time budak-budak je lah. Sekarang pulak asyik Rant, Kritik itu ini tak betul.. Malaysia tak betul, Pemimpin tak betul.. bla bla bla.. Just sekadar memenuhi keperluan psikologi je..

Rasa dengki dengan iri hati  jugak bila tengok orang lain lebih kaya, lebih hensem, lebih cantik, lebih ada kehidupan yang lebih baik.. orang yang melebih-lebih.. Tipulah kalau takder rasa.. Jadi kita kena salurkan melalui medium yang betul.. Kena sabar, tenangkan hati.. takpun kita jadikan rasa iri hati tu sebagai semangat untuk ubah kehidupan kita kepada yang lebih baik.. Kena ada rasa bersyukurlah..

sebenarnya aku tak tahu la apa yang aku nak cerita.. aku just nak cerita masa sekolah aku je.. Pengajaran kat sini.. Kawallah Nafsu menggunakan Akal Fikiran.. Agama tu memang basic kehidupan kita.. tu sebab lahir-lahir je kita dah kena azan ngan iqamat..  Salurkan Nafsu Amarah,Hawa nafsu anda melalui medium yang betul... Sebenarnya kalau cikgu suruh cari pengajaran dari cerita di atas, banyak boleh korang ambil pengajaran.. sebab pengajaran banyak datang dari pengalaman. .jadi kat atas tu aku cerita pengalaman aku la tu.. Klah..  Assalamualaikum




June 4, 2014 0 comments

Bakal PPP

apa yang nak dibanggakan? hang tu cuma dressa je? hang tu MA je pun.. ala setakat Penolong Pegawai Perubatan.. hang tu kuli orang je...

pedulikan ape yang orang nak cakap.. aku bersyukur sebenarnya belajar under KKM ni.  tapi apa yang aku nak banggakan.. belajar kat sini satu hutang apa pun korang tak tanggung.. korang just ada kontrak kena khidmat empat tahun lepas grad..atleast dapat la kurangkan beban mak ayah..Yelah even diploma sekalipun.. jadi kuli sekalipun.. i'am proud of it.. zaman sekarang, orang tak pandang sangat orang-orang yang kerja under government ni.. orang panggil makan gaji.,gomen servant.ye lah kan.. sebab diorang nampak gomen servant tiap-tiap tahun gaji naik.. tapi perkhidmatan macam taik je yang diorang bagi.. terutama berkaitan dengan perkhidmatan yang perlu berurusan dengan masyarakat macam perkhidmatan kat hospital tu..

aku tak nafikan weih.. aku taknak backup dua-dua pihak.. klien atau pihak hospital sekalipun.. sebenarnya kita ni manusia, kalau kita buat baik tak kurang ajar, mesti orang layan kita baik je.. dan apa yang aku nak bagitau ada juga staff yang entah hape-hape.. benda ni kat mana-mana pun jadi. kat mana-mana sekalipun hatta pihak swasta.. tapi pihak swasta ni yang bagusnya dia buang je staff-staff perangai taik.. Sebaliknya bila dalam gomen, nak buang staff-staff bukan senang macam dalam swasta.. itu je yang aku boleh cerita.. fikir-fikirkanlah ye..

Alhamdulillah aku berjaya harungi sem1 di institut ILKKM.. di KSKB JB.. So far apa yang aku boleh cerita.. kolej ni pertama kali aku datang memang best.. Cantik sangat.. just waktu hari pertama tu.. memang sukar sikit la. sebab lif rosak dsb.. tapi semakin hari, semakin improve lah.. Terima kasih pihak kolej..
Dan apa yang tak boleh bla.. orang kata pengurusan kat kolej ni tak bagus ape sume.. tapi bila aku duduk sini takder la Neraka sangat.. Biasa je kot.. boleh tahan la.. ok je semua.. belajar sini ok je.. terutama lecturer-lecturer semua best2..

tapi apa yang aku tak suka just segelintir perangai sesetengah pelatih.. kat sini ada diskriminasi kos, ada pencuri makanan,ada psychopath dan macam-macam lagi.. memang menguji emosi la ye.. Elaun yang diberi adalah RM835.25 tak silap.. RM20 akan ditolak untuk bayaran bil elektrik.. dan RM50 akan diambil untuk bayaran kokurikulum untuk setiap sem.. bayaran untuk buku dsb adalah diwajibkan atas setiap pelatih ye.
pelatih kebanyakannya 19-24.. umur.. tapi ramai je perangai yang macam budak-budak.. takder la aku nak kata yang aku ni dewasa sangat.. tapi apa yang aku boleh lihat.. kebanyakannya entah hape-hape. memang tak masuk ngan minda aku.. aku tak tahu lah kepala otak aku sendiri yang tak betul atau aku ni memang tak patut hidup dengan masyarakat...

bila jadi biro lagi la.. macam-macam karenah orang nak kita handle..  bagusnya aku punya ketua ni orang dah berumur dan pengalaman dalam pekerjaan.. jadi takder la susah sangat nak handle.. ramai jugak yang tak biasa duduk kerja macam mana.. jadi ramai la yang tak biasa dengan suasana kerja.. suasana kerja kena disiplin la yer.. ini bukan isu poyo,bajet dsb tapi ini isu amanah yang kita tanggung bila masuk SPA..Latihan Separa Perubatan ni memang target kerja.. jadi buat la cara orang nak bekerja.. bukannya student.. ramai jugak yang tak suka ngan biro.. terutama ketua kelas.. terpulanglah yer.. dia cuma jalankan tugas dia.. apa yang salah memang le aku tegur.. ape yang bagus aku puji.. korang tak suka apa aku boleh buat?

banyak karenah korang tapi bila bagi tugas jadi biro.. semua pakat cabut lari.. tahu pun jaga amanah susah..yang aku tak faham, bila ditanya apa yang tak puas hati.. semua pakat senyap.. terpaku.. takut nak bersuara.. ape masalahnya entah.. pastu mula lah kutuk belakang dsb. haish..

ada yang jenis simpan makanan semata-mata untuk beli barang yang lebih diorang nak.. barang keperluan sendiri pun tak larat nak beli.. tak kisahlah asal tak usik barang orang.. masalahnya sekarang ni.. keluar duit untuk diri sendiri pun tak nak tapi barang orang jugak usik.. ada yang jenis stok makanan simpan dalam almari... tapi bila nak makan still minta kat orang.. bila orang tak bagi baru la nak guna stok makanan sendiri..hadoi. diorang tak fikir ke yang semua orang dapat elaun sama-rata dan semua orang pun susah macam diorang.. ade jugak jenis rembat makanan dari peti ais.. halal haram pun tak tahu letak mana.. nanti perangai tu bawak la time kerja.. pastu dah makan gaji haram.. nanti bagi kat anak bini makan benda-benda haram.. haish..

macam mana la perkhidmatan kerajaan tak teruk? kalau pelapis,pelatih sendiri perangai teruk?

bukanlah nak kata perangai aku ni baik sangat.. tapi halal haram ni basic akhlak yang paling simple yang diajar sejak dari sekolah tadika lagi.. ustazah cubit perut kalau ambil barang orang lain.. kalau belajar al-hikam.. makanan atau apa-apa yang tak ikhlas pun boleh membawa kepada yang haram.. yelah ada jugak yang kata ala makanan je pun.. sedekah je la.. bukan kira sedekah tak sedekah.. tapi benda yang kita beli.. terutamanya makanan.. tu sebenarnya kehendak kita.. tapi bila orang lain senang-senang je perhabis.. tak ke rasa annoying gila time tu.. macam hang beli kereta.. pastu kereta hilang... orang lain suruh hang sedekah je.. tak ke sakit hati..

apa yang aku nampak.. sebenarnya diorang ni dah lama tinggalkan apa yang diajar time kecik-kecik dulu. tak dinafikan weih.. aku sendiri susah nak amalkan apa yang diajar dulu.. sekarang ni fokus kepada perubatan je.. dah la surau pun malas nak pergi.. aku sendiri malas pergi surau... alasan macam-macam la.. kalau aku pergi pun ikut mood.. even kolej buat aktiviti bacaan yassin setiap malam jumaat...aku rasa kalau aku ada mood baru turun.. jahil rasa diri ni. Bukannya aku tak baca buku agama dsb.. tapi tu la hati ni berat..geram jugak kadang-kadang tu..

banyak perangai pelik-pelik kat sini, serius..  tapi aku tak suka psychopath.. orang yang ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.. maaf cakap aku tak suka.. sem 1 ni aku baik lagi sebab aku nak tengok perangai orang sekeliling aku. tapi lepasni kalau aku lain sikit.. faham-faham la yer. satu lagi aku tak suka orang mengulat..  time praktikal haritu.. ramai betul yang mengulat.. kenapalah tak buat kerja betul-betul. Aku kecewa sebenarnya.. tapi aku ni jenis pendam.. aku ada tegur dua tiga orang. Terpulanglah nak dengar ke tak. Bila kita tegur tahu nak tarik muka.. tapi tak tahu benda yang dia buat tu buat orang lain lagi sakit hati.. haishh

for sem2 aku malas dah nak buat baik sangat dengan orang.. mana hak ok tu ok lah yer. bukanlah taknak baik langsung.. tapi tak payah buat baik sangat pun.. aku tak dapat faedah ape-ape pun.. orang-orang tua cakap "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".. itu la prinsip yang patut dipegang sebenarnya..

to be continue...




 
;