November 19, 2013

Jeng

Hari yang sangat memenatkan walaupun tak buat apa-apa. Penat menanggung sebak dalam hati ni. Entahlah aku pun tak tahu kenapa rasa macam ni. Dari pagi tadi actually, Hari ni rasa sunyi sangat. Aku rindu farah.. sebab bila cinta akan lahir rindu, bila rindu tak dibalas akan lahir kesedihan dan marah.. Aku nak sorok perasaan aku..dan aku nak luahkan perasaan aku. Aku dalam dilema..tapi pada siapa nak aku luahkan? aku malu dengan diri aku yang mudah sensitif. Terlalu sensitif membuatkan aku mudah rendah diri. Tapi andai aku tidak sensitif aku akan lebih mementingkan diri dan aku takkan kisah pada sesiapa pun. Perasaan orang pun aku akan anggap suatu perkara yang tidak bermanfaat pada diri aku.. Biarlah perasaan sensitif ini.. Mungkin ada hikmahnya pada aku.

Perasaan bukanlah suatu perkara yang remeh. Perasaan tidak boleh dipermainkan..Ia mudah terasa. Perasaan adalah suatu yang misteri. Ia melibatkan soal hati. Hati dan perasaan itu berpisah tiada.. Aku takkan pernah sesekali mainkan perasaan orang lain sebab aku pernah melalui bagaimana perasaan kecewa itu. Sangat sakit,Perih..Jantung bagai dihiris dengan pisau yang tajam..Aku tidak mampu untuk lupakan perasaan itu. tetapi aku masih tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan hati aku dipermainkan orang.

Hari demi hari,Aku semakin sayang dekat farah. Aku mudah terasa dengan dia. Especially,bila tak balas mesej,tak angkat call..baru aku tahu perasaan itu. Perasaan ini bukan aku yang meminta.. bukanlah sengaja mengada..tetapi memang itu yang aku rasakan. Hati aku mudah terguris.. sebab aku sayangkan dia. Aku nak tahu apa yang dia buat. Aku minat sangat dekat dia. Aku selalu harapkan simpati dia dalam diam-diam. Aku malu untuk luahkan andai aku ada sesuatu masalah. Kadang-kadang terpaksa aku luahkan dari cara lisan yang tersirat. Aku tak mengharapkan dia memahami aku.. Kerana aku seorang lelaki.Sepatutnya akulah yang memahami dia. Andai tiada perasaan ini pada awak..tak mungkin saya nak terasa bagai..

Fikirkan dengan akal yang waras tanpa diselimuti perasaan sayang itu..Kalau tidak angkat call atau balas sms tu apa la sangat.. Tapi aku tak mampu menahan itu. Jujur aku katakan , Hati ni bagai dihiris halus.. Tapi aku biarkan.. biarkanlah ia terluka kerana aku yakin yang suatu hari luka ini akan terubat jua..

Pagi tadi serius bangun lambat. Erm actually sepanjang cuti sem ni asyik gayut je malam then bangun subuh-subuh dinasour. Cuma ada satu hari tu je yang tiba-tiba terbangun pagi tu then terus pergi jemaah dekat masjid.. Aku cadang hari isnin ni la  nak gi la buat akaun SSPN-I dekat CIMB..pastu gi study MUET dengan shahrul..tapi malangnya dah bangun lewat..tergendala lagi plan aku.

Hari ni jugak cadangnya nak gi beli kasut sukan untuk joging. Nak bawak pergi kmpk. Haritu ada je beli kasut tapi kasut tu bukan khas untuk sukan pun. Sebenarnya tu kasut untuk jalan-jalan. Hurm aku segan nak minta duit mak ayah. Aku rasa macam menyusahkan diorang. Family aku bukanlah senang sangat. Ayah ngan Mak kerja start pukul 8 lepas maghrib tu sampai la pukul 1-2 pagi buka kedai makan dekat depan rumah. Aku jarang tolong diorang lepas balik kmpk ni tu rasa macam aku ni bebanan. Aku nak minta duit dekat diorang pun fikir banyak kali. Serius rasa aku ni cuma beban. Kalau pergi shopping pun aku akan pilih barang keperluan supaya tak membebankan diorang.. cuti ni . rasa nak rehat je sepanjang hari. Ye lah. Kalau dekat kmpk jangan harap la nak merasa hidup macam kat rumah ni..


Kalau nak topup pun aku tak sanggup nak minta dekat diorang, sebab aku kalau topup pun bukan aku guna untuk benda penting sangat pun. Aku fikir,dah pasang streamyx buat apa still nak topup-topup. Teknologi makin maju. Sistem Pesanan Ringkas adalah sistem yang ketinggalan.. Sekarang ni we use internet to call and message people.. Keluarga aku bukanlah susah sangat. Kami sederhana je. just aku sebenarnya yang takut untuk minta apa-apa dari diorang melainkan benda keperluan je. Itu sebab kalau aku ada duit aku akan simpan untuk diri aku.. Jarang sekali untuk aku belanja orang lain termasuk kawan-kawan. Pakai kereta pun Proton Saga lama tu. Bila aku tanya ayah kenapa tak beli kereta baru..? dia cakap.. ukur baju di badan sendiri.. Dia cakap yang dia taknak berhutang. Biarlah hidup ni biasa-biasa je. taknak ikut orang lain. tetapi pendapat dia kontra dengan pendapat aku walaupun pendapat aku salah. enough with that.!.

tadi call farah, bercakap dalam nada yang sangat hampa.. aku tak tahu apa yang aku nak sembangkan.. tapi aku rindu dengan farah. Mungkin dengar gelak tawa dia boleh buatkan aku gembira. Mungkin dia rasa rimas dengan aku, bila aku call.. aku tak tahu nak cakap apa. Kadang-kadang kami sembang kosong je. Cerita pasal life.. what's happened today. and so on. Hari ni aku senyap. Senyap jugak... Dalam nada yang hampa je sembang dengan farah.Rasa ini  hanya mampu diluahkan dari twitter dan blog sambil mengharapkan dia baca. Nak diluahkan malu entah kenapa. Dengan orang lain boleh je.. tapi dengan farah.. hurm. Apapun nak minta maaf sebab aku tak dapat nak sembang dengan dia macam kebiasaannya.

Apa pun yang difikirkan dia tentang aku.. terpulanglah.. Aku sayang dia. Aku nak jadikan dia isteri aku. Aku yakin dialah yang terakhir aku. Aku tak sanggup nak cari orang lain dah. Aku pernah melukakan perasaan orang dan aku dah terima balasannya.Aku tak sanggup untuk terima apa-apa lagi... Biarlah aku dengan farah untuk selamanya... apa pun yang terjadi aku tetap nak jaga hubungan ni... Sakit hati apapun biarlah aku tanggung... aku cuma mampu berdoa agar hati ini tidak patah lagi seperti dulu.. tapi entah sampai bila hati aku mampu bertahan..sebab aku manusia yang juga ada perasaan... aku harap lepas ni takder apa yang disembunyikan... aku terasa disebabkan aku kisah sangat pasal dia walaupun siapalah aku ni di sisi dia..

aku doakan hubungan ini berakhir di jinjang pelamin.. Bukanlah hanya sebuah hubungan yang sia-sia.. Awak, kalau awak ada orang lain, Jangan malu-malu untuk ceritakan dekat saya.. ia lebih bagus berbanding awak sembunyikan dari saya.. Ia membuatkan saya tertanya-tanya dan boleh jejas hubungan kita. Apapun saya percaya yang awak juga setia..

0 comments:

Post a Comment

 
;