February 8, 2012

Dari Perak ke Slim River ke Batu Caves ke Pahang ke Melaka ke Seremban ke Port Dickson

Salam semua.

Dari Perak ke Slim River ke Batu Caves ke Pahang ke Melaka ke Seremban ke Port Dickson ke Perak..

lori tu besar lori ni la. Tapi ade tempat letak barang kat belakang tu.. aku pun tak tahu ape nama dia entah.

Pengalaman yang paling perit dan tak kurang bestnyer bile ade orang ajak aku gi tolong hantar barang ke kawasan berkenaan. Hari sabtu Jumaat bersamaan 3 Februari 2012 tak silap aku. Anak Tokey sebuah perusahaan Kekabu atau aku perusahaan BONDA. BONDA ni sebenarnya sebuah syarikat usahawan orang melayu yang boleh dikatakan berjaya. Jadi anak tokey tu call la aku tanyer nak pergi KL ke tak? waktu tu aku ade kelas tuisyen, merempit aku balik rumah sebab kata pukul 5 dah nak pergi dah, sebab duit elaun RM60 punyer pasal aku terpaksa ponteng 4 kelas tuisyen :( Ruginya aishh.


Aku sebenarnya tak tahu pun yang diorang ni nak gi pahang. Aku ingat gi KL je. Kalau setakat KL rasanya Hantar barang balik hari pun boleh, takyah nak overnight-overnight. Tapi malangnya, aku tengok list penghantaran tu merata-rata. First tu kena gi hantar Stok Kicap kat kedai PARAMESWARI kat Slim River. Waktu on the way pergi sana yang paling perit. Barang dalam lori ni aku rasa lebih 5 Tan. Naik lori rasa macam jalan kaki woo, Berat sungguh lori ni. Sampai kat mane entah, Abang Alif ( Pemandu Lori merangkap kawan abang aku dan anak tokey Syarikat tu). Terperasan yang tayar belah kanan lori tu berasap-asap. So, kami berhenti jap tengok ape kena ? Rupa-rupanya, bahagian Brek lori tu panas. Abang Alif cakap brek tu ketat sangat jadi kami anggap masalah brek je. Tuang air sikit atas besi brek tu then kami teruskan jalan.

Tapi still panas, berasap-asap bahagian brek tu. pastu kami berhenti kat sebuah perhentian tak ingat kat mane . Sampai kat perhentian tu lagi sekali tuang air kat brek tu. Bau Hangit mencucuk hidung. Tak pernah pun jadi macam ni, selalu ok je lori ni jalan jauh. Perut pun dah lapar, jadi kami makan sat kat perhentian tu. Bantai Nasi Goreng+Ayam+kuah... Harga dalam RM5.60. Bagi aku mahal la jugak sebab aku nak dapat RM5 pun susah. Pastu aku pun tak faham macam mana diorang kasi duit elaun ni. Kata elaun untuk seorang pekerja RM60. Aku rase macam tak cukup pun ada. Kalau Upah ikut angkat barang je dah RM60 ok la jugak. Tapi kalau makan pun kena tanggung sendiri memang habis la RM60 dalam masa 3 hari tu. Selesai makan, berambus naik lori tu balik, cadangnya sepatutnya sampai Mentakab, Pahang. Baru overnight kat hotel. Keadaan tak izinkan jadi kami terpaksa overnight kat slim river dulu. Esok tu gi hantar Stok Kicap Tamin kat Kedai Parameswari tu.

Lepas hantar stok kat kedai tu, perut memang lapar ar.. Tak makan lagi pun. Kena pergi hantar lori tu ke bengkel dulu kasi cek itu brek yang panas malam tu. kalau aku reti repair lori, aku repair sendiri dah
. Cantikkk punya hantar bengkel tunggu dari pukul 10-12.30 tunggu lori tu kena repair. Dah la waktu tu perut lapar gila.. Aku ambik keputusan tidur dalam lori sementara lori tu diorang repair sambil dengar lagu SKRILLEX . Masalah lori tu sebenarnya dia punya minyak brek bocor kot.. tu sebab berasap tu. Aku tak tahu langsung pasal lori . Lepas lori siap repair, sambung perjalanan kami ke Bahau,Pahang. berbukit-bukit jugak jalan ke pahang ni. Aku jadi batak sebab tak pernah gi tempat orang. Paling jauh pernah gi pun Melaka je.. Takder rezeki la katakan.

Pukul berapa tah sampai sampai Bahau, sebelum tu gi Batu Caves dulu hantar Stok Kekabu/Bantal kat Batu Caves. Pastu gi Taman Melati. Kat area selangor kot tempat ni. Hantar stok kekabu jugak. Aku dok panas dalam lori. Lori ni serius memang panas. sebab enjin bawah "buntut".. panas gila woo. tapi tahan je la. Lepas selesai urusan kat area-area selangor ngan Batu Caves tu bertolak pula ke Pahang. Macam yang aku ceritakan memang berbukit and jauh betul. Tapi suasana waktu dalam perjalanan ke pahang tu memang indah
 la.. Dengan pokok-pokok, bukit apa semua.

Kami sampai di Bahau,Pahang pada malam harinya pada hari Sabtu. Kami overnight kat hotel kat sekitar bahau tu. Cantik hotel tu, murah pun murah.. ade triple bed.. bilir air dia boleh tahan besar ar jugak. Ok cukup dengan promosi hotel. Lepas overnight, esok tu siap-siap nak gi hantar barang kat area pahang tu ngan area negeri sembilan tu. Hehe. tak silap aku area Gemas. 2 tempat kami selesaikan kat area tu. Lepas tu sambung perjalanan ke Port Dickson pulak. Malu siot, first time aku jejak kaki aku kat port dickson ni. Cantik sungguh pantai n air dia. Tapi tak sempat la nak mandi-manda kat sana sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.

Lepas tu gi hantar barang kat Melaka ngan Seremban, lepak sungai Buloh sat sebelum bertolak ke Perak.. Lepak kat perhentian je la. Malam tu paling best, aku tak sabar nak balik. Ape-ape pun banyak pengalaman aku dapat dalam perjalanan ni. haha. Korang ingat jadi pemandu lori senang ke? jadi pekerja angkat-angkat barang dari lori senang ke? Aku tak dapat bayangkan kalau aku jadi pemandu lori. Abang Alif je kot yang tahu rasanya. payah2.haha Jadi taknak payah.. kena ar belajar rajin-rajin.


p/s : aku terjumpa soul mate kat kelas tuisyen. Comel betul budak tu. tudung labuh pulak tu. Aku ambil keputusan nak berkawan je ngan dia. Belajar dulu belajar dulu belajar dulu...............



1 comments:

Anonymous said...

Kasihan aku dengar cerita ni, tapi itulah pengalaman dik!

Post a Comment

 
;