March 5, 2014

Dari Akaun Ke Paramedic #2

Paramedic bukan paragedik k.. ok berbalik dengan tawaran SPA tu. aku dapat Diploma in Medical Assistant ataupun Diploma Pembantu Perubatan. Lepas je dapat keputusan PSPM1 aku tengok ada kawan aku dari aliran sains matrikulasi yang kelam kabut isi borang keluar untuk keluar matrik.. lebih kurang 20+ jugak dari aliran sains yang kena turun sem sebab dapat result PNGS1 under 2.0. dan tak silap ada 3 orang yang kena kick dari program perakaunan. Aku bukan antara yang kena kick.. tapi aku nak keluar ok. lagipun bila aku cakap kat mak ayah pasal nak kena belajar lagi 4 tahun diorang macam takder feel je..

mungkin diorang memikirkan sama ada sempat untuk melihat aku berkerjaya,berkahwin dan sebagainya.. umur mereka pun dah lanjut. Aku berharap sangat paling kurang mereka masih ada ketika aku mendapat seorang putera atau puteri..aku sebak bila kenangkan kisah tokwan yang tak pasti sempat atau tidak melihat wajah aku lahir ke bumi ini..ok.. Aku dah cakap pada mulanya aku memang tak mahu SPA. tetapi aku tetap berdoa minta diberikan yang terbaik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Aku tak lupa pesan mak aku suruh buat tahajud, solat sunat dhuha.. mohon dimurahkan rezeki..

sebelum pspm1 aku dah berjanji andai aku dapat 3.0 ke atas aku akan stay matrik.. kalau tidak, aku akan keluar dari tempat tu. Serius aku cakap, aku 50% harap aku dapat SPA dan 50% lagi hati aku nak duduk dekat matrik sebab tekanan belajar subjek yang makin hari makin peningkan kepala.. before nak PSPM1 tu pun aku dah kelam kabut nak keluar.. when dapat tawaran Diploma Perakaunan dekat UiTM Tapah.. tapi lastly kena bancuh dengan kaunselor, bancuh dengan ketua unit fizik.. aku batalkan hasrat aku.. esok tu exam matematik.. baru la aku kelam kabut belajar... study last minute la katakan..

Bila result PSPM1 keluar.. aku just dapat 2.94.. x cukup 6 untuk dapat 3.. kawan-kawan aku semua dapat atas 3.0.. dan ada juga yang dapat under 3.. itu pun segolongan minoriti. Time keluar keputusan PSPM1 tu sebenarnya aku dah dapat result SPA.. dan aku dapat Latihan Penolong Pegawai Perubatan tetapi tak diberitahu pun aku akan ditempatkan di mana..Selepas beberapa hari dapat keputusan pspm1.. keputusan penempatan pun keluar.. aku ingat aku kena lari sabah dah.. rupa-rupanya.. aku dapat KSKB Johor Bahru.. jauh jugak la bagi aku. first time aku kena berjauhan ni.. aku berharap sangat dapat kat KSKB Ulu Kinta.

So sekarang ni macam ni lah hidup aku.. aku sekarang belajar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.. nama tu boleh bangga lah. duk dalam tu pun boleh bangga sebenarnya.. hahaha. aku seronok belajar kat sini.. subjek-subjek semua aku rasa boleh skor.. belajar dalam bahasa melayu pulak.. but aku lebih prefer bahasa inggeris.. seronok belajar dalam bahasa inggeris sebab banyak term medical..yang aku kena belajar.. n silibus aku sebenarnya sama seperti silibus Program Medical Assistant under MSU college & university. Elaun pulak RM800+ jugak. tapi kebanyakannya aku ni bukan jenis guna duit tak tentu hala.. maklumlah aku ni pernah belajar perakaunan.. so bila duit tinggi kat belanja je. tapi hasil takdak.. tak guna jugak.. itu dah menghasilkan rugi.. hahaha..

mostly yang paling aku suka..bila tengok muka mak ayah aku bila aku bagitau apa yang aku belajar kat sini.. ayah aku seronok sebab dia dah tahu yang aku dah ada kerjaya.. Mak aku pun aku dapat lihat dari raut wajah dia happy sangat.. yep pandangan kebanyakan orang-orang tua biasanya akan seronok bila tengok anak dia bekerjaya.. bila anak bekerjaya maksudnya diorang dah berjaya mendidik anak diorang.. kalau menganggur jadi tongkang pecah kat rumah tu maksudnya dah gagal.. kecik hati diorang tau. So korang janganlah jadi penganggur..

Silibus Medical Assistant korang boleh search la.. n apa yang aku nak bagitau.. kat kolej ni boleh kata macam "hell" sikit.. tapi bagi aku, aku boleh je tahan..sebab aku seorang yang skema..nama pun pelatih.. bersabarlah wahai hati.. tak lama pun.. abis 3 tahun ni dah kerja.. dah boleh kahwin dah pun.. calon pun dah ada.. dan calon tetap tau :p. aku ni bukanla jenis mudah bertukar angin.. aku ni bila dah setia,sayang someone. aku akan tetap setia.. tambah lagi dia pun dah confess dia punya feeling kat aku.. jadi takder la bertepuk sebelah tangan lagi.. before dengan dia.. sebelum ni aku rasa aku digantung tak bertali.. tanpa jawapan.. n then aku rasa orang yang aku kejar takder hati pun dekat aku.. jadi aku lupakan walaupun perit.. even dulu aku pernah sampai menangis sebab dia.. kenangan itu biarlah menjadi abu..

1 comments:

Unknown said...

Comellah adik entry ni..berkobar2 akak cari sambungan selepas baca yg part 1 ritu.

All da best dik, in life and here after,amin

Salam kenal
Kakakmu nan jauh
www.latifahsuleiman.blogspot.com

Post a Comment

 
;