aku rasa tuisyen penting, sebab aku ni dah la malas baca buku, malas ape pun malas. Semua MALAS!!! jadi tuisyen penting bagi aku. Selain dapat mendisiplinkan waktu aku juga dapat 1 kelebihan yang besar. Aku dah belajar bab tingkatan 5 lebih awal dari kawan-kawan aku yang lain.Best :). Kalau aku tak ambil kelas tuisyen, waktu cuti ni aku akan buang masa dengan facebook/lepak/cucimata dsbgainya. Tapi kan, aku sebenarnya ada banyak benda yang perlu dilaksanakan. Antaranya, selesaikan kerja kursus akaun, ulangkaji addmath/math/akaun punya basic sebab aku punyer basic tak kukuh lagi. Result akhir tahun haritu teruk giler..meluat aku tengok. Walaupun ada 2A- masih tak cukup sebab A- tu pun subjek mudah.. aiyoo.. phailed kan aku?
Alhamdulillah, sekarang mahu jugak aku gi tuisyen. Ingatkan dulu sia-sia je :D sebab rasa yakin untuk belajar sendiri tu kuat, cadangan aku aku baca je semua sendiri tapi hampeh ape yang aku baca banyak tak faham..ok berbalik pada tuisyen tadi, Cara penyampaian cikgu-cikgu kat tempat tuisyen tu memang lain n mudah faham ;D iye la kan.. berbaloi dengan harga tuisyen yang dibayar :). seriously, sekarang betul-betul semangat aku nak belajar ada balik.. n aku dapat urus masa dengan baik. tak Macam ada satu waktu tu aku tak tahu langsung nak urus waktu dan aku memang banyak asyik mengadu masalah aku kat kawan-kawan aku.
jadi sekarang antara langkah awal aku untuk berjuang dalam medan SPM niyh. Aku harap langkah aku ni langkah terbaik. Bukannya dipaksa oleh mak ayah, tapi diri aku sendiri yang mahu itu yang penting.
aku nak berubah untuk SPM ni dan sampai bile2., kesian kat mak ayah aku bela aku dari kecik sampai besar. Tengok result lebih kurang diorang je waktu kecik2.. afdalnya aku kena lebih tinggi result aku dari diorang supaya diorang bangga dengan aku dan aku boleh dapat kerja yang baik2.. untuk bantu diorang. :).. Aku rancang nak belajar elok-elok, Dapat kerja elok-elok, kewangan pun baik..pastu nak tolong diorang sepanjang hidup diorang dulu pastu baru fikirkan diri aku.. Insya'Allah.. Hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku nanti.
aku mesti cari jalan penyelesaian keluar dari masalah aku, kalau aku tak tolong diri aku siapa lagi yang nak tolong? Enough of talking, but just do it.. kalau aku cerita masalah aku kat orang lain bukan semua masalah aku orang boleh bantu, tapi diri aku sendiri yang perlu usaha untuk bantu diri aku. Orang hanya mampu memberi pendapat diorang dan nasihat untuk menaikkan semangat aku.. Dari fizikalnya, aku sendiri yang kena hadapi n mental jugak aku kena kuat untuk hadapi masalah tersebut.. :D n then rohani jugak kena mantap..
Rohani? okeyh, kalau cakap tentang rohani mesti cakap tentang agama kan? Maksud Rohani ialah hal-hal yang berkaitan dengan agama. Jadi kita kena mantapkan tu jugak kerana hal-hal agama ni dapat disiplinkan diri kita. Contohnya.. Solat. Solat 5 waktu tu adalah jadual kehidupan kita.. sampai masa kita kena gi solat. "Tak boleh tangguh-tangguh" :D ini point penting.Sama jugak macam dalam kehidupan seharian kita, tak payah nak bertangguh-tangguh, sebab bertangguh tu akan menyusahkan kita.. mula2 senang.. nanti susah. macam tu lah hukum dia.
ni jela yang mampu aku buat sekarang.. harap usaha aku ni tak sia-sia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comments:
all the best SPM 12
Post a Comment