ni bahan-bahan yang bapak aku beli.. sebenarnya aku tak mintak pun.. Tapi tiba2 dia beli sardin tin ( yang tumix ape sume dah memang ade dah.). Pastu tanya aku reti masak ke tak? seriously aku memang langsung tak pernah buat kerja macam ni =.=''. Aku ambil Cili besar,bawang besar, kentang,..pastu aku potong kecil-kecil.. yang macam selalu mak aku buat..
aku ambil minyak.. tuang sedikit minyak ke dalam kuali (setakat untuk goreng bahan yang dipotong tadi)..lepas tu buka tin sardin. Ambil ikan, ikan tadi kita goreng sekali bahan yang dipotong tadi (ikan tu takyah goreng sampai garing pun)..
Ok, sekarang lauk sardin dah siap.. kita buat telur special pulak.. aku saje bagi nama telur special sebab telur ni guna bahan yang memang dah ada.. Aku tak pasti la ada orang yang buat telur ni. sebab telur ni aku reka2.. je.. aku ambil 2 biji telur (telur ayam). Pastu pecahkan telur tadi ke dalam mangkuk.. Then ambil secubit Tumix dengan secubit garam.. n masukkan ke dalam mangkuk tadi.. pastu sebatikan/kacau telur dalam mangkuk tadi.. pastu korang gorengla.. sampai dia telur tu jadi macam telur dadar.
Sardin dengan telur special dah siap.. aku sepatutnya tulis bermula dari nasi dulu tapi tersilap..takperla eh... Ok cara masak nasi macam ni.. Formula dia "Hukum Jari".. ambil beras (3 gelas kecil atau setakat korang nak makan.).. masukkan dalam periuk.. pastu basuh beras tu 3x. Dapat pahala kalau selawat waktu basuh beras tu.. lepas basuh beras.. dah hilang apa semua kutu beras segala..
dan hidangkan nasi korang dengan lauk-lauk spesial yang aku bagi tadi.. tak berapa sedap sangat.. tapi kira ok la untuk sesak-sesak.. huhu.. byee..



2 comments:
ooo.. camtu cara masak sardin.. aku baru tau.. tak penah masak sardin.. biasa wat ayam goreng, ayam masak kicap, ikan goreng, telor goreng, sup kentang dan banyak lagi.. sardin je tak penah.. phailed betol aku ni.. hahahahaha..
oish.. macam mana hotfloppy pun boleh lepak sini ;D
Post a Comment