September 28, 2012

Hye ESPIEM




well, tahun yang bosan, bulan dan bosan, hidup yang bosan....dan peperiksaan yang membosankan. Setelah selesai peperiksaan percubaan spm2012 kini spm2012 sebenar pula bakal tiba. Hari yang mendebarkan, Selangkah ke alam kedewasaan yang semakin mencabar kehidupan dan akal fikiran. Aku risau, risau risau sangat-sangat dengan masa hadapan yang akan aku tempuhi nanti.Rutin harian aku macam biasa yang cuma berbeza sedikit berbanding bulan-bulan yang sebelumnya. Internet menjadi duri dalam daging. Internet Addicted syndrome yang aku dapat ni cuma pulih buat masa yang agak singkat sahaja. Buku menjadi teman kadang-kadang menjadi musuh. Masa asyik cemburu dengan kehidupan aku yang penuh pancaroba ni. Setiap saat akal kata ini, tapi hati pula kata itu. Tubuh badan pula selalu merungut nak berehat sahaja. Perut pulak asyik mengadu Lapar! Lapar! Lapar!.

oh.. aku perlukan pertolongan. Siapa yang sudi tolong aku? siapa yang di atas sana mahu gapai tangan aku seterusnya bimbing aku dan bawa aku berjaya sama-sama? Aku tak pernah dapat straight A+. Adakah aku ni memang dilahirkan bodoh? atau kemalasan akibat dari kecuaian yang menjadikan aku begini? Kawan-kawan? TAK! mereka lebih kurang aku sahaja. Wahai masa, bolehkah aku minta dikau undurkan untuk dirimu untuk 1 tahun dari hidupku? mahukah engkau wahai masa? Tak Boleh!.Aku bertanya pula kepada angan-angan.Wahai angan-angan, kamu mahu kahwin dengan gadis yang kamu suka bukan? Ya! Lagi? Sebenarnya aku mahu membalas jasa ibu dan ayah, tapi jasa mereka tak terbalas dengan isi dunia ni. Jadi aku ingin berbakti kepada mereka, sambil mengecapi sebuah kehidupan yang tenang bersama keluarga yang tercinta.

"Tapi..." dengan nada yang  lesu. Mampu ke aku capai semua benda ni? tiba-tiba, kedengaran suara asing, Ala... hang usaha je la "ye aku cuba la dalam sebulan ni". Negara kita kan melihat pencapaian peperiksaan sebagai kayu ukur kecemerlangan seseorang? jadi hang kena la dapat result yang baik-baik pastu boleh la hang capai apa yang hang nak.. "tah.. aku takder benda yang aku minat..aku anggap dunia ni last-last tempat aku mati je. kubur je rumah aku nanti." ceh, walaupun hang anggap macam tu.. hang tetap kena survive,akhirat-akhirat jugak.. hang jangan pulak jadi golongan yang sesat.. "ye la. aku tawu tu.. hurm agak-agak ada ke rezeki aku time spm nanti ni ye?".. insya'Allah ade..usaha la dari sekarang enough la ngan menatang internet tu..nanti dapat result nanti takder la rase menyesal sangat sebab dah usaha..

 "ha'ah betoi tu.. tapi macam mane kalau aku dapat result teruk nanti? entah macam mana la hidup aku nanti kan?". laa.. jangan risau la.. hang risau sangat ngan pandangan orang kat hang.. kalau hang jadi tukang kebun pun tetap ada rezeki kalau hang nak usaha. rezeki tu Allah yang bagi.. biaq la orang nak kata yang hang ni tukang kebun.. asalkan hang ada ilmu..n hang dah berusaha dah.. dah itu je rezeki hang nak buat macam mana kan? tapi takper akhirat hang still terjaga..hang jangan risau sangat sebab rezeki ni janji Allah sejak dari Luh Mahfuz lagi.. Rezeki ni mesti ada! Nak dengan taknak je..asal cukup makan ada kesihatan,boleh ibadah sudah lah.. "ye la, tapi aku nak jadi kaye la.. nanti senang hidup aku.". Tak payah jadi kaya, hidup ni biaq sederhana..  jangan kaya sangat dan jangan miskin sangat.. ape2 pun usaha la.. kalau hang dapat straight A pun tapi pemikiran hang tak matang n tak reti nak aplikasikan apa yanng hang belajaq tak guna jugak.. hang faham tak yang malaysia ni amalkan ukuran kecemerlangan seseorang melalui certificate.. jadi exam  tak semestinya telus.. maybe hang hafal atau tahu trick untuk jawab soalan peperiksaan.. itu saje...jadi hang belum tentu pandai..

kalau hang pandai sekalipun.. tapi hang tak dapat bagi bakti kat masyarakat hang sendiri tak guna jugak. hang tengok la sendiri betapa ramai orang pandai-pandai yang langsung tak berguna satu sen pun dalam masyarakat... baik lagi hang jadi bilal masjid ke ape ke sekurang-kurang nya dapat jugak hang bakti kat agama hang.. " =.='' bilal masjid?"..  ape-ape pun akhirat yang dikejar bro.. duit ni akan hangus, dunia ni akan hancur, langit ni akan runtuh.. hang pun bukan hidup lama.. paling kurang 60 tahun ja..  jarang orang hidup 100 tahun ke atas.."alaa.. adoi.. hang ni".. hang ikut je the flow of life.. bila orang suruh study-study, bila orang suruh ikut peraturan.. ikut la.. hang pun ada akal fikiran nak pikir mana yang baik n mana yang buruk.. jadi jangan risau la...Hang usaha dari sekarang .. Insya'Allah hang berjaya .. hang kena pasrah dan berserah kat Allah kalau hang nak berjaya.. hang kena yakin yang Allah tu Maha Bijaksana dalam mengatur hidup makhluk Dia. contoh paling dekat.. tu jantung hang.. sapa yang cipta? siap bersistem lagi.. mana ada manusia reti cipta jantung macam yang hang ada tu.. lepas lahir-lahir terus bergerak ja..ala.. hang dapat result teruk pun hang still ada sebulan untuk improve. jadi berubah la.. ini jela peluang terakhir hang.. kalau hang lepas peluang ni memang takdak dah la. "owh.. hurm.. ye la yela.. eh nanti sembang lagi ye.. ade hal sket."..

...hahhhhhhhhhh...


0 comments:

Post a Comment

 
;