Pakcik misteri tu sebenarnya Encik Mus, Orang yang menguruskan terminal siswa di kmpk ni. Jadi kalau ada pelajar yang nak keluar outing atau balik bermalam dengan bas maka Encik Mus la yang menjadi rujukan mereka. Aku pilih katil yang dekat dengan kipas.Ops.. Terlupa yang aku punya bagasi ngan beg still ada dalam kereta. So aku turun tuk inform mama ngan abah. Abah tertinggal phone dalam keta so tak boleh la aku nak contact dia., dan aku juga lupa untuk meletakkan Beg dan cenderamata yang kmpk bagi semasa sesi pendaftaran tu atas katil sebagai tanda aku dah booking katil tu. Aku gi jalan kaki turun balik ke SBP gopeng, time ni la paling bengang.. sampai basah-basah ketiak. Baju plak kain cotton.. maka nampaklah kesan peluh tu.Malu la.haha. Bayangkan aku bawak bagasi yang berat dengan beg tu naik tingkat 3. bilik no.13. haha.aku anggap no.3 ni no. bertuah aku..even sebenarnya takder kena mengena pun.. =.='' . hurm UPSR 3A,PMR 3A, SPM5A. jadi tu sebab aku suka sangat no. 3 . kat nickname ak pun ada 33.. entah-entah kahwin pun 3 orang n then anak pun 3, mati pun 33 tahun. Sangat Khurafat di situ... kahkahkah. my dear Farah Hakimah Che Razman,.. ini hanya gurauan saje :p. Nak kat awak sorang saje okay.
Dapat je aku inform,terus abah bawak kereta naik atas depan kolej kediaman lelaki tu.. Aku bawa turun semua bagasi ngan beg gi bilik. Yeah dah ada sorang lagi roommate yang sampai. Dia ni dari kampar,Ipoh.Diberi nama Arif, Ambil jurusan sains. Aku pergi la dekat katil aku, tengok katil dah ada orang cop. Ya.. ini roommate aku lagi sorang, Dari terengganu.. Shafiq namanya..dari Kemamang, Terengganu. Tapi time ni dia takder dalam bilik,yang ada cuma beg dia.. maybe ada hal sikit kat bawah. Dan yang seterusnya Faiz dari Kuala Krai,Kelantan. Aku sembang dengan mak ayah diorang ni tanpa rasa malu haha.Kami berebut katil jugak la mula-mula, Nyaris tak bertumbuk la..gila betul. Nak setel cara baik aku dapat idea yang No dekat kunci tu ada No. Locker sekali.. so kat locker pun ada nombor. Kata putusnya "weih, katil ikut no. locker la weih".. ok la diorang setuju. ceh berebut kipas. Actually ok je, takder la panas mana dalam tu. yang tak bestnya diorang ni semua ambil sains, aku sorang je akaun.. cumanya modul diorang je berbeza..
Kesian jugak kat shafiq, actually aku tak tau perasaan dia duduk kat situ macam mana. Jadi aku tanya dia kot dia nak ubah kedudukan katil ngan locker tu. so dapat la angin sama rata.. baru sama adil..jadi abis raya ni aku dah rancang nak ubah kedudukan katil tu biar sama rata..Yang Arif ni dia angkat katil dia letak sebelah aku.. keh3. good idea. ak tak marah pun.. It's okay la kalau dah puaskan hati dia.. dia ni senasib dengan shafiq.. rasa macam ada diskriminasi lol. tapi diorang ni pun bukan selalu ada dalam bilik.. Ceh perut dah la lapar, Zohor pun tak solat lagi..Bilik dengan berhabuk nya.. Lepas kemas-kemas katil, Solat zohor.. ak nak meninjau jugak suasana kmpk ni. Mak ayah pun dah balik.. Aku sebenarnya takdak rasa sedih sangat.. sebab dah 17 tahun aku berkepit dengan diorang. Sekolah aku dekat ngan rumah je. jadi nak jimat takyah la gi asrama..Asrama jauh,kos makan lagi, lagipun senang nak berususan if ada masalah..Cadangnya waktu form4 haritu ak nak masuk SBP gopeng. Tapi isi-isi tak dapat..bagus lah pun.
to be continue...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Haha. kawen jelah 3 pun. Tapi, yg penting bukan sy lah yg tersenarai :p
eh taknak lah . sy syg awk sornag je :p
Kawen 3 pon .. jgn la lupa ajak
Post a Comment