November 9, 2013

Kmpkian #3 - Belajar di KMPK(Kolej Matrikulasi Perak)- Akhir

Ada 3 siri. ni siri akhir.siri last boleh godek-godek dalam blog ni. siri yang lepas cerita detail sangat tapi yang last ni nak cerita secara ringkas dan lebih umum.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan, Belajar di matrik adalah suatu cabaran, hanya jiwa yang kental yang mampu menghadapi kehidupan seperti di matrik.yang penting minat dengan benda yang kita ambil. Peraturan di matrik bukanlah ketat mana. Itu kalau di matrik perak lah. Enjoy ok..tak macam matrik kedah.Takder stress langsung. Just dalam study tu la kena stresskan diri sebab masa amat singkat. Kuliyah/tutor dari 8 pagi sampai 4 petang. Yang paling untung budak akaun lah. Gap dalam jadual serius banyak. Kalau budak Sains tu memang nampak stress la. Balik bilik kena buat lab report,tutoran(assignment) dsb.. But not for me budak akaun buat tutoran je, hidup kami taklah seteruk budak sains. Tapi aku tengok ramai je yang boleh survive .. takder yang mati pun even kata teruk.

Aku bukanlah jenis yang suka berjimba-jimba, happy go lucky tanpa study. Niat aku datang sini pun nak belajar. So aku belajar. Ada juga yang datang sini sebab paksaan mak ayah.. aku tengok langsung tak study.. rilek ja. ada yang jadi tokan rokok dan sebagainya. Aku nak ambil degree.. Tak kira degree apa pun. Akaun bukanlah pilihan aku sangat sebab langsung tak kena dengan jiwa aku. Aku belajar sebab itu adalah ilmu dan aku dapat lihat banyak manfaat bila belajar akaun ni. Pasrah je lah. aku dah alami perkara ni semua. Allah tentukan aku siapa dan bagaimana suatu hari nanti. Aku just mainkan peranan aku kat sini..

Aku ditempatkan di kelas A3T15. Terdapat 14 orang bagi setiap setiap kelas tutoran. Dalam kuliyah pulak bergantung kepada kos yang diambil. Kalau akaun dalam 100 lebih gitu dalam satu dewan kuliyah kecil. Kalau sains ikut la kuliyah apa korang akan dapat belajar dalam dewan kuliyah besar yang lebih selesa.
Aku memang banyak la nak complain pasal tempat duduk dalam kuliyah kecil tu. Memang sakit bontot.. Hari minggu korang boleh gi keluar outing dekat AEON seksyen 18,JJ,Mydin atau mana-mana tempat yang korang minat asalkan ada duit nak bayar tambang teksi atau bas. Semuanya boleh diuruskan di terminal siswa. Dan satu lagi nak complain tambang memang mahal gila..terutamanya tambang teksi.

Makanan-makanan ringan macam pringles,coklat cadburry ada je dijual dekat kedai siswa. Tapi kat sini mahal der.. aku tak tau la apa yang membuatkan barang kat dalam ni lebih mahal dari kat luar.. Ikut suka hati je kedai tu nak bubuh berapa pun.. Eloknya beli la barang-barang makan macam maggi tu dekat luar. Dekat mydin ke ataupun beli awal-awal dari rumah. Elaun ada RM250 untuk sebulan. But time aku elaun masuk time bulan kedua.. masuk RM500 terus.. RM250 tu tak cukup pun sebulan. 1hari boleh guna RM8.30 gitu je.. Korang pandai-pandai la bajet makanan 1 hari berapa kali makan,berapa ringgit yang nak dihabiskan dalam sehari gitu.

Kalau korang nak melepak boleh je lepak. kat KMPK ni ada studio siswa.. boleh karaoke dalam tu..memang best. Pi la lepak makan-makan dengan kawan-kawan ke. Lepak lepak jugak tapi jangan lupa pasal UPS (Ujian Pertengahan Semester). ada 10% markah kat sini.. termasuk PBS (Penilaian Berasaskan Semester kot?).  Ala aku pun tak ambil tahu sangat pasal markah ni . Nanti korang masuk matrik korang dapat 1 buku panduan untuk kira markah-markah ni. Korang kena ambil tahu pasal pengiraan markah ni..sebab penting sangat..

Korang jugak akan ada subjek kokurikulum.. Subjek koko tak stress pun. Subjek ni bergantung la kelas mana yang dapat untuk sem 1. Kalau sem 1 dah dapat Sem 2 korang akan belajar subjek P.Islam/Moral Ada silibus dia dalam buku panduan nanti..Dan yang best kat matrik ni ada karnival kokurikulum. Matrik kita dengan matrik lain bersaing dalam aktiviti sukan.. nanti korang boleh ah join. Memang lah best kalau matrik kita dapat jadi tuan rumah :). Nanti korang boleh join jadi sukarelawan.. dapat baju percuma,makan percuma sepanjang hari karnival tu..Aku join jugak jadi penyanyi kakom. Tapi bukan bertanding pun. Cuma persembahan sahaja. Kira tak hebat la sangat.

Korang akan lalui perkara yang sama sampai la PSPM1 ( Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 1). Makan,berak,tidur,belajar,makan,berak,tidur,belajar.....Dan seterusnya tamatlah Sem 1 korang.. Lepas habis sem 1 korang dapat rehat gila-gila selama 3 minggu. 3 minggu tak lama mana weih. Lepas tu korang akan join sem 2 pulak dan lalui perkara yang sama seperti sem 1 cuma subjek yang berlainan dan ada la nanti program-program lain yang korang boleh join nanti.. Ada 1 lagi periksa yang budak matrik/asasi wajib ambil iaitu Malaysian University English Test (MUET)..ni wajib bagi dapat band 3 above.

Apapun sesiapa yang berhasrat nak masuk Matrik.. :) Tajamkan Ilmu Matematik Tambahan  Korang.. sebab basic addmath banyak guna dekat matrik ni. Korang yang habis spm sementara tunggu tawaran tu gi la study addmath tu bagi faham... insya'Allah senang nak survive matrik..Banyak basic algebra,trigo yang akan digunakan kat sini dan banyak jugak benda baru yang kena belajar.. Terlupa nak cerita, Korang akan ada Majlis Kemasukan Pelajar Baharu Kolej.. atau MPPB kot tak silap aku. lupa dah.

Takut nak masuk matrik? jangan takut andai korang memang berhasrat nak belajar. Matrik memang tempat untuk belajar struggle gila-gila dari awal hingga ke titisan darah terakhir. Korang kena maintain cara study korang dari sem 1 sampai ke sem 2 kalau nak 4 flat. Kalau macam aku ni takder dah la 4flat sebab malam selalu melepak dengan budak-budak genius. Last-last aku yang terbabas. Lagi satu, Program Matrikulasi ni korang boleh repeat dengan kebenaran pihak kolej. Sebab ada je Abang-abang PST yang repeat. Tapi PST -Perakaunan la. PST Sains tak tahu la pulak. Dan nak ingatkan yang senior kat sini semua baik-baik. Suasana study kat sini bukan macam kat sekolah. Kat sini semua jenis belajar je. Ada masa main dan ada masa belajar.

Pray for result sem 1. 1 subjek yang aku tak boleh bawak kat sini adalah mathematics. Korang bukan belajar matematik macam kat sekolah tapi addmath.Basic addmath aku memang tak kuat. Masuk sini aku terkedu  apa dengan apa yang diorang belajar. Dan rajin-rajin lah jugak untuk jumpa pensyarah bila korang tak faham apa-apa. Pensyarah kat Kolej ni semua baik-baik. Jangan bertangguh untuk jumpa kelak korang akan menyesal seperti aku. Aku pasrah dengan result sem 1. Boleh je dapat pointer >2 tapi kena struggle gila gila time sem 2 nanti untuk dapat >3 . kalau bawah 3.0 jangan mimpi nak dapat kos-kos kritikal macam perakaunan. Wajib skor MUET dengan 4 subjek wajib korang. Kalau tidak korang susah nak dapat kos dan University yang korang nak.. Apepun aku pasrahkan hidup aku kat sini. Aku tahu apa yang Allah dah aturkan.. asalkan aku tak berhenti berusaha..

Adik-adik yang baru nak masuk. Goodluck. Kalau dapat matrik perak.. Tahniah.. Abaikan kata-kata negatif orang.. Semua benda sebenarnya susah, tiada yang mudah pun kat dunia ni..bezanya kita boleh adaptasi dengan keadaan tu atau tidak. .. Matrik bukan senang nak masuk. Tahun lepas memang ada lebih 160 orang batch akaun lepasan matrik yang tak dapat tempat di IPTA.. ada yang buat rayuan dan ada juga yang masuk IPTS..tapi ada sebab diorang tak dapat.. sebabnya waktu isi upu, diorang isi semua benda yang sama dan tak isi langsung kos lain. Ramai jugak yang 4 flat akaun tak dapat. Batch sains ada jugak yang dapat kos perladangan dan sebagainya..tapi takder pulak dengar citer ada budak suicide. Kalau yakin boleh skor.. Sila lah pergi Matrik..Kalau dah takder tawaran lain silalah ke matrik.. Usaha,Doa,Tawakal..

3 comments:

Anonymous said...

erm cmpur baur perasaan nk gie kmpk. --'

Fatin Kim said...

muet wajib bagi yang dapat band 3 and above ? maknanya ? ada yang terkecuali ?

anis said...

Wahhh kata kata yng baik.. Lagi dua hari lagi nak pergi kmpk :D insyaAllah okay

Post a Comment

 
;