Alhamdulillah. syukur .. kerna berakhir sudah paper last nya.haha. boleh la fix mood aku yang tak berapa elok ni. agak tough la paper. sape kata senang tu memang genius ah. semoga A+ buat aku dan korang jugak.hahaha. nak kata cincai aku jawab paper tu aku pun tak tau la. aku buat paper 1 pun dari 1 jam 15 minit.. cuma 20-30 minit je aku buat sebab aku tengok A dah 10 B dah 10 C dah 10 dan D pun dah sepuluh.. tapi cek balik buku lebih kurang 4-6 salah..pastu lebih tu tidur. yang paper 2 pun sama. paper 2 boleh tahan la. entah aku rasa takder rezeki sebab soalan yang sepatutnya aku boleh jawab yang senang pun tak boleh jawab. otak ni macam taknak keluar la idea2 dia. selalu paling ak tak boleh jawab pun aku akan merapu tapi mesti kait la ngan soalan.. kalau tidak. sia2 la merapu tu. tapi aku tetap happy sebab tu last paper.. keluar dari penjara spm. well result belum keluar boleh laa .. happy sangat.
so pasni ape nak buat? lol. lepak je la rumah. sebenarnya aku cadang nak ambik kursus tapi kursus ape pun tak tau. cikgu aku cakap ambik je kursus kahwin. kahkahkah. nanti2 la kursus kahwin. next time la. teringin aku nak ambik kursus kat kolej komuniti or giatmara or mana2 yang yuran murah2.. asalkan dapat sijil yang laku. yang aku teringin nak ambik.. asas pengaturcaraan tu. aku teringin belajar computer programming.. asal dapat tahu asas sikit-sikit pun jadi la. tapi masalahnya aku takdak transport plak. malas la nak naik bas.. pagi kena tunggu bagai. fed up woo.. ak jugak bercadang nak cari kerja..kerja apa-apa pun takper je asal halal..tapii.. hurm entahla. aku lebih memilih untuk ambil kursus.
apa lagi yang aku nak buat? aku rase ak nak baiki diri aku dulu sebelum sambung pelajaran selepas dapat result.. teringin nak kuasai bahasa arab.. sebab bahasa arab bahasa Quran.. bila aku faham bahasa arab jadi boleh aku faham Quran sepenuhnya..n boleh aku hafal Quran dengan mudah..pastu boleh jadi tazkirah dekat diri aku.. n aku jugak nak perbaiki solat 5 waktu aku dulu.. anjakan paradigma sikit. hehe. aku jugak nak dalami ilmu agama balik. banyak dah aku tinggal sebab aku ni bukan seorang yang pandai n disiplin sangat dalam pengurusan waktu.
itu saja kot? hurm aku rasa nak delete facebook. tapi sayang plak gambar kawan2 banyak. family pun banyak. adeshh. dah la aku tak berapa reti nak disiplin waktu. dah berapa kali delete.. pastu buat baru balik. kahkahkah. ape punya orang la ini teda tetap pendirian langsung.
hurm.. nak diceritakan lepas habis paper tu memang best la jugak. diorang conteng2 baju. 5 tahun aku sekolah tu sekarang dah berakhir dah. haha. tapi yang tak bestnya.. tak dapat kami rasa perkhidmatan pengetua baru.. rasanya pengetua baru ni lagi bagus n memang mesra ngan budak2. kalau budak-budak batch 1996 kuang hajaq ngan pengetua ni memang bengong la hangpa ni. haha. sebab pengetua ni aku rating 10 star kot. haha.
lepas ni entah la apa jadi kat kawan2 aku.. n diri aku. entah diorang kenal,ingat lagi tak kawan2 sekolah diorang.. aku rase aku takder rapat sangat ngan diorang. tapi best la jugak. macam2 kenangan ada..pahit..kelat ape seme. n itu bukanla suatu yang merisaukan aku sangat.. yang paling merisaukan aku.. tu ha.. result spm.. :(
kalau result spm aku teruk aku rasa jatuh maruah aku.. haha. tapi tu semua rezeki Allah . kalau takder dapat baik redha. kalau dapat baik pun redha. semua tu ujian. hisab balik diri. ape-apepun doa-doakanla ak dapat result baik2. aku nak ubah keluarga aku. serius. moga Allah permudahkan urusan aku.. Rabbi yasir wa la tuassir ya karim....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment