tujuan aku bina blog ni sebenarnya untuk diri sendiri dan juga orang lain. Tapi lebih kepada diri sendiri jadi banyakla macam-macam cerita yang kadang-kadang tak patut aku tulis pun aku tulis jugak. lol bahasa pun dah macam bangla. Tapi jujurnya selalunya benda yang aku komen,aku maki dalam blog or aku hapdet status dekat Pesbuk kebanyakannya selalu ada kait dengan diri aku sebab aku jarang rasa nak kutuk or hina orang lain. Kalau nak kutuk pun ada masa saje. hahaha.. Jadi sebenarnya apa yang aku tulis semata-mata tuk peringat diri aku sebab aku mudah lupa. Satu lagi aku sangat suka mengolah suatu cerita tu jadi lebih menarik tapi takder la sampai merapu or menokok tambah benda yang takdak.. contohnya : orang cerita pasal pisang.. jadi aku akan detailkan lagi benda tu pisang tu adalah sejenis buah yang berwarna kuning asal dari pokok pisang dan sangat lazat dimakan. macam tu la olahan aku. harap faham la. :3
spm aku belum lepas lagi. Ada 1 paper yang belum aku jawab n boleh kata susah jugak paper ni.Korang jangan ingat paper Sains sukan ni macam paper pendidikan jasmani. kahkahkah. n kepada budak-budak yang ambik ekonomi asas tu good luck untuk esoknya. soalan sains sukan ni sebenarnya takder la susah sangat sebenarnya. Bahagian yang susah cuma sesetengah bahagian yang memerlukan aku imagine ilmu sains digunakan dalam aktiviti sukan. Contoh dia bagi gambar aksi terjun then aspek soalan dia mungkin tanya dari aspek psikologi,atribusi atau apa-apa sajalah. tapi berdasarkan soalan yang lepas-lepas diorang takkan tanya lebih sebab ini hanyalah pengetahuan sains sukan. penggunaan daya, hukum newton, graf pembelajaran. haish.. runsing la jugak. Lagipun tak minat pun cuma terpaksa ambil sebab dah tersilap kalau tidak aku ambik ICT dah.. sebab aku ni lebih minat dalam bidang komputer.
hangpa pernah dengar kecelaruan identiti? ok takder kena mengena dengan aku sebenarnya sebab aku tahu aku siapa.. aku ni lelaki. kecelaruan identiti ni dia tak pasti dia tu lelaki ke perempuan..ade kait ngan khunsa ke? tak tau lah. sebenarnya aku nak cerita sebenarnya aku ni macam ada banyak identiti. entahla atau aku cuma sangka-sangka saja. Malas cerita lebih-lebih kot orang kata aku gila ke ape ke? tapi aku rasa memang aku ni dah gila sebab tekanan bagai, dengan persekitaran yang entah hape2. adoih. tapi entahla aku gila ke tak aku pun tak pasti sebab aku pun rasa macam aku ni tak gila.. aku still waras tah orang gila mana ada mengaku gila.
ok stop nonsense. sebenarnya bosan. fed up ngan patern hidup aku sekarang ni. tah susah betul nak ubah. Aku malas sebenarnya nak cuti-cuti ni sebab bila cuti macam-macam aku tinggal. Ilmu yang aku belajar entah mana terbang, tapi kalau buat kerja ...gi sekolah lama-lama pun buat aku fed up jugak sebab mengarut. bukan nya aku boleh ingat benda semua pun. satu lagi hidup aku rasa macam terumbang ambing. matlamat hidup pun entah ke mana. pernah dengar istilah membabi buta? macam tu la. pastu dah habis spm ni lagi la runsing. aku motor transport pun takdak. kalau ada boleh aku gi cari kerja mana-mana.. senang urusan kursus bagai. teringin nak berdikari sendiri haish.. bagi la aku hidup kat luar sikit jumpa masyarakat. runsing aku hadap internet tiap-tiap hari.. i'am growth now lorh. don't treat me like a child anymore.agak kasar! ok tambah sikit.. but treat me like your own son.
apa la boleh buat.. aku ni baru ja hidup 17 tahun. kadang2 memang aku pikir aku ni tak layak nak pertikai orang yang lebih tua dari aku. Tapi sebenarnya diorang juga salah, salah-salah diorang pun tetap mak ayah aku. ye la tak kata diorang pun, Kalau aku pikir kejap.. aku rasa diorang ni sayang sangat kat aku tu sebab diorang nak aku duduk rumah n maybe aku lack of something. hurm kalau aku jadi bapak nanti tah la macam mana aku punya pandangan kat anak-anak aku bila diorang besar. Jadi sangka baik la kat mak ayah korang. ape korang ingat senang ke ngandung korang 9 bulan? dah tu bela korang sampai 17 tahun? kalau calculate pengorbanan dari segi harta benda diorang pun aku rase tak dapat korang nak balas.
hurm. ni la cabaran bila dah besar. harap aku tak sesat.. n keep survive kat atas bumi ni.. sedih dengan diri aku bila dah besar ni. kecewa. tapi susah nak ubah. damn u life.!
tah ape merapu pun ak tak tau..ala tekanan biasa la. kthxbye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment