October 1, 2011

Hati Yang Patah


Patah hati? mesti ramai yang pernah kena. Termasuklah aku.
Dalam hidup ni, adalah satu fitrah lelaki mempunyai perasaan kepada wanita dan sebaliknya. Tetapi, Mengejar Bulan selalunya Bulan akan semakin jauh. Begitulah seorang lelaki mengejar gadis idamannya tetapi  gadis tersebut tidak mempunyai sedikit pun perasaan kepada lelaki tadi.

"awak, maafkan saya.. saya sebenarnya anggap awak sebagai kawan saya sahaja tak lebih dari itu'. Inilah antara ayat reject yang selalu kita dengar. Sedih bukan. Jadi terpaksalah lelaki tadi "bertepuk sebelah tangan".. dengan hati yang patah melangkah sedih.. mungkin lelaki tadi akan membunuh diri atau mungkin lelaki ini akan berbalik kepada kata-kata "Jodoh itu di tangan Tuhan".

Hidup lelaki tadi penuh dengan duka lara dan sekiranya lelaki terlalu menyayangi gadis tadi dia hanya akan " bertepuk sebelah tangan".. Percayalah, Lelaki itu ego mereka tinggi tetapi mereka juga ada perasaan. Akibat dari sebab cinta ditolak. Lelaki tadi akan hidup dalam keadaan yang 50% penuh sedih. Tapi sampai bila harus bersedih? Allah telah tetapkan pada setiap insan jodoh untuk mereka.

Bertepuk sebelah tangan adalah satu tindakan yang salah. Sebenarnya Allah akan ganti yang lebih baik dari apa yang kita suka. itulah maksud "jodoh di tangan Tuhan". Jadi untuk atasi masalah ni, tetapkan niat. Bina satu azam yang kuat untuk bina kehidupan yang baru. Mudah mudahan cinta lama dapat dilupakan..Dan semoga hadir cinta baru..











1 comments:

mayamin said...

cintailah Allah..nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki..insya-Allah..=)

Post a Comment

 
;