October 27, 2011

Aku Dan Exam

Minggu peperiksaan, memang minggu yang aku suka walaupun aku malas belajar. Tak pernah pun aku tak suka pada minggu peperiksaan selama 1-15 tahun aku bersekolah. Tapi, minggu peperiksaan akhir tahun untuk kali yang ke enam belas tahun ni memang macam hampeh sikit dengan subjek banyak nyer..minggu peperiksaan untuk kali ni memang lama. Maklumlah bakal ambil spm untuk tahun hadapan.. Dan serius aku memang Strrrresss.



Syukur, paper untuk subjek teras memang senang tapi aku sangkut tang mathematic n sejarah. Aku ni bukanla jenis suka baca buku. Aku memang malas giler kalau bab-bab study ni. Kalau suruh aku study aku akan tangguh-tangguh dan terus bertangguh(proactinastion) sampai aku ada mood atau terpaksa study. Untuk paper sejarah, serius aku selak-selak buku sejarah tak sampai setengah jam. Begitu juga dengan subjek B.inggeris, B.Melayu n P.islam.. aku jawab je ikut apa benda yang ada dalam paleotak aku ni..ahh.. tapi lantakla.. benda dah lepas.. so on, untuk subjek math.. mesti markah aku K.O. :..\

Sepatutnya aku jawab paper prinsip akaun.. dalam minggu diorang tengah sambut deepavali. Sekolah aku tak cuti, sebab tak tahu sebab memang tak cuti.Tapi cuti untuk hari rabu =.='' ape aku mepek.?. So, aku ingat boleh la jawab paper tu hari selasa. Waktu hari selasa tu dalam kelas, Budak kelas Ekonomi datang inform yang cikgu punya isteri eksiden..pastu paper tu tangguh la untuk hari khamis.. aku serius seronok gila waktu ni sebab aku study sampai 5 bab je malam tu untuk prinsip akaun.. dan subjek yang kompem masuk paper akaun langsung tak disentuh aku.



Hari khamis, Hari aku tulis post ni  lagi sekali benda ajaib berlaku. Kertas Akaun ditangguhkan lagi.. sebab cikgu aku still sibuk dengan isteri dia yang sakit kat Hospital Besar Ipoh. Jadi aku happy la sekali lagi atas kejadian tersebut. Best Woo...sebab aku memang tak study waktu malam khamis tu.. =.='' Pemalas kan aku? jadi jangan contohi aku.

Tapi malas-malas aku pun bukannya aku ni bodoh sangat.Cuma aku ni seorang yang malas. Kalau lah aku belajar bersungguh-sungguh. Luangkan masa untuk 2jam sehari untuk subjek2 yang berkenaan.. Aku rasa aku  tak duduk sekolah kebangsaan biasa ni. Maybe aku pergi MRSM or SBP or SYLB sekolah yang lebih baik. Budak2 SBP/mrsm ni kalau tak letak bawah quarantine mesti same je otak diorang macam aku. Alahhhhh, ape yang nak dibanggakan pun kalau duduk sekolah macam tu. "Takder Life la bro" . Lagipun, ape beza budak luar dapat 11A+ dengan budak  mrsm yang dapat 11A+? takder beza kan.?.





Memang takder life la Kate sesetengah pihak, diorang sepenuh masa belajar jer. Jadual ketat cam hampeh.. dengan Prep apa semua. Tapi yang positif nyer sekolah macam ni.. Takderla masa untuk main facebook ape sume..n dapat jumpa kawan-kawan untuk study. Bagi aku lebih senang study dengan kawan-kawan berbanding dengan cikgu-cikgu. Ye la kan, Pemikiran guru dengan kawan-kawan kita ni kadang-kadang tak sama.. Aku lebih suka gaya cikgu mengajar kat MRSM.. murid-murid yang cari sendiri.. Sebab aku memang suka cari sendiri benda yang perlu aku belajar..Tapi disebabkan aku ni takder langsung perancangan masa so aku jadi hilang fokus nak cari benda-benda ni..n facebook keep "hasut" aku untuk check notify dalam dia.

Tak boleh nak salahkan Air kalau kita yang Basah bila nak main dengan air tu..kan kan kan.?

Ape-ape pun.. aku bangger dengan diri aku.. Aku dah buat perancangan yang rapi untuk hadapi SPM tahun depan.. Seriously, aku start buat perancangan ni lepas PMR lagi.. selepas aku dapat keputusan yang amat mengecewakan. Mak bapak aku bukan jenis ambil kisah sangat pasal adik n abang aku. Mungkin diorang dah bagi kepercayaan yang tinggi terhadap aku dan adik-adik aku.. So diorang tak kawal sangat aku ngan adik beradik aku.Ikut suka la nak buat apa pun. Diorang cuma cakap " Nak Hidup Senang, Belajar Rajin-rajin. ".. Bila aku dapat 3A.. aku memang kecewa..bila bandingkan result aku dengan result Nurul Atierah Binti Rosli. .  Aku rase hina gila waktu ni.. So aku buat perancangan dah untuk hadapi form4 ni tanpa ber"honeymoon" tapi gagal..sebab aku hilang fokus.. n semangat untuk belajar memang patah lepas break dengan Atierah.

Berapa bulan aku hidup dalam duka lara.. Aku tak kisah sangat dah pasal sekolah..Banyak hari aku ponteng..lepas kejadian break tu aku rasa diri aku macam roh tanpa jasad.. terawang tanpa tujuan. Sebagaimana yang aku terangkan tadi.. mak bapak aku jenis tak ambil kisah sangat.. Aku setuju pun dengan diorang..sebab aku pandai fikir mana arah tuju aku.. Lepastu, semangat untuk belajar hancur lepas aku tak dapat nak catch up apa yang cikgu aku ajar setelah beberapa hari ponteng sekolah.

Argh.. lantaklah.. benda ni semua kejadian yang lepas.. History ni penting bagi aku.. so aku akan ingat sampai bila-bila. Segala masalah aku ni aku dah luahkan kat ramai orang yang rapat dan ada yang baru je kenal.. Terima kasih kepada guru kelas Cikgu Rohayum yang banyak bagi semangat kat aku.. Akak Nur Mahirah Diyana yang bagi semangat kat aku jugak.. n Mak kepada Puteri Nurul Syazwani yang brainwash otak aku sampai aku rasa nak belajar balik..Then, Next year aku nak fokus betul-betul.. Mahu tuisyen untuk tahun depan.. Sebab aku duduk rumah takder perancangan.. n belajar tak sampai 1 jam pun dalam seminggu. tu sebab aku "bodoh".

Next week ade lagi Periksa, aku risaukan addmath ngan prinsip akaun je.. yang lain "PETIK JARI" je.. Siot ujub dan takbur budak ni.. Ape2 pun, Doakan aku dapat A+ untuk semua subjek2 yang aku ambil.. Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi pada kita.. Kalau kita jatuh, biar kita bangun kembali dengan lebih gagah berani.. n Tuhan tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah sendiri nasib mereka..

*Tahun depan Tuisyen n kena struggle.. habis-habisan.. untuk SPM.. nanti dapat keputusan baik-baik tak payah kita cari pompuan..tapi pompuan yang akan cari kita...Study bukan satu benda yang membosankan tapi teknik yang kita apply untuk study yang menyebabkan study itu bosan.. aku still ingat akan atierah  walaupun bila aku ingat balik pasal dia. rasa something sakit dalam hati ni... Aku memang tak dapat lupekan dia.. tapi takper, aku akan ubah mindset pada minda aku sedikit demi sedikit pada dia.. Aku memang berharap aku dapat lupekan dia terus, aku harap aku hilang ingatan n tak kenal dia. Tapi apakan daya Teramat Mustahil.

0 comments:

Post a Comment

 
;