June 22, 2014

Flashback : Dengki & Iri Hati

aku ni jenis suka menaip, kenapa la aku tak jadi orang sastera je kan? jadi sasterawan ke novelist ke. Maybe next time. Banyak idea dalam kepala otak aku ni.. tapi still tak berjalan lagi. eloknya aku rasa aku jadi penasihat je lah.. Penasihat Perdana Menteri ke.. tunggulah. maybe waktu belajar atau lepas belajar ni ada jugak satu buah buku yang akan aku tulis. Eh? kenapa tak tunggu mati je baru tulis buku? .. Sarkastik sungguh...

Aku bercuti sebulan di rumah selepas 1 sem di Kolej. Aku sangat ambil berat terhadap pelajaran adik-adik aku. Selalu aku nasihat diorang untuk belajar sungguh-sungguh.. Aku tahu yang aku takder lah berjaya sangat pun.. tapi aku tetap nasihat diorang,bebel kat diorang tiap kali aku balik rumah.. Bila aku tengok result diorang ni teruk sangat.. mula lah aku nasihat,brainwash semua.. Bila aku tengok sekeping kertas yang memaparkan banyak subjek yang penting gagal.. mula la aku rasa nak mengamuk.. kalau boleh nak sekeh sorang-sorang itu yang terlintas dalam hati.. tapi sabar je lah.. Remaja ni memang diorang punya pemikiran nak cuba semua benda, diorang tak nampak lagi apa yang berada kat depan diorang.. Lepas aku bebel, aku duduk sorang-sorang untuk tenangkan diri. Kalau tak duduk sorang-sorang aku mula la gunakan medium facebook untuk lepaskan apa yang terlintas dalam hati aku..tiba-tiba kepala otak aku terbang waktu zaman sekolah dulu....

waktu aku sekolah.. xder orang pun guide aku.. mak ayah cakap "hang nak hidup rasa mewah hang belajar bersungguh-sungguh.. kat sekolah cikgu ajar gitu-gitu je.. aku suka subjek pendidikan islam, sebab agama ajar aku untuk jadi orang yang berguna. Subjek yang aku belajar aku tak tahu pun sebab apa kena belajar.. aku belajar sebab agama suruh tuntut ilmu.. lepastu baru nampak nak jadi apa dsb.. nak jadi ustaz, tapi tak tahu saluran mana yang betul.. dengar cakap orang jadi ustaz,ustazah ni tak boleh pergi jauh.. aku pasrah..

pastu aku minat bab IT, semua aku belajar sendiri.. tanya kawan-kawan forum semua.. abis form3 ingat nak masuk pondok..tapi tak pergi jugak. dengar orang cakap masuk pondok tak boleh pergi mana.. masuk tahfiz pun tak boleh pergi mana.. pasrah lagi.. pastu aku belajar la apa yang ada kat sekolah..subjek yang aku nampak berguna cuma subjek Sains dengan Sains sukan ja..takder sape nak guide pun.. form4,form5 aku makin melihat dunia, aku rasa aku nak sambung bidang IT, tapi nak ambil IT apesal pergi ambil Perakaunan,perdagangan,sains sukan dengan addmath?

tah, aku ambil je.. kan aku dah cakap, aku belajar sebab Ilmu. Selain tu, sebab aku takder sape nak guide untuk aku capai cita-cita aku. Masuk Form3 aku redha je apa yang aku kena belajar. Aku ingat nak masuk kelas sains. Tapi disebabkan markah math aku just dapat C je time PMR. Jadi aku dapat la kelas aliran sastera ikhtisas tu. Waktu cikgu umumkan yang aku dapat kelas Sastera Ikhtisas, hati aku sebak pun ada.. Tapi tiba-tiba hati aku berbisik "sabar, ada hikmahnya dapat kelas ni".. jadi aku pasrah..

Aku belajar je la.. nobody guides me.. takder pun orang nak encourage.. aku buat je apa yang aku  nak buat "pami,pergi belajar nuh.. meh sini abah ajar".. sorry beb jarang sekali nak dengar ayat macam tu.. Dan takder sape pun encourage aku untuk capai cita-cita aku.."pami, patutnya ambil ni,belajar camni.. baru boleh jadi macam ni".. beb takder pun. Yang aku tahu, aku set cita-cita aku ikut apa yang aku lalui.. dulu nak sangat jadi "penggodam berjaya".. sebab aku ramai kawan dengan penggodam-penggodam malaysia.. kawan ngan orang yang dah tua, tah ada yang umur dah cecah 30 an pun ada.. jadi tu la jadi macam orang tua tu. Elok plak aku ni jenis yang suka bersendirian, suka buat kerja aku.. aku malas nak campur orang sangat sebab aku tak suka kena tipu.. ye la aku kan orang yang lurus.. lurus bendul... tapi takder dah sekarang.. dah besar, aku faham dah permainan dunia ni sedikit demi sedikit.

Aku belajar, berjuang.. dengan perasaan iri hati,dengki,sedih je.. Bila aku tengok orang berjaya.. aku memang rasa iri hati, Tapi agama ajar jangan dengki,iri hati kat orang.. bila tengok kawan-kawan dapat straight A.. lebih A dari kita, adalah satu pembohongan kalau dalam hati cakap "alaa takder ape pun" melainkan orang yang memang takder langsung masa depan.. Ye lah perasaan iri hati,dengki ni sebenarnya tak sia-sia Allah ciptakan.. mesti ada sebab.. just kita kena salurkan melalui medium atau cara yang betul je. Macam hawa nafsu jugak.. Kena salurkan melalui medium Nikah.. Tapi menikah bukan semata-mata kerana nafsu.. Ada beribu tanggungjawabnya nanti..



gambar yang tah ada kena mengena atau tidak.

Aku belajar dan terus belajar.. Kemalasan belajar tu dah menjadi lumrah.. Aku ada Facebook Addicted Syndrome sebab aku malas nak berkawan kat luar.. Kalau ada kawan, luah perasaan dekat kawan sudah la kan.. sebab takder kawan pi luah dekat facebook.. Luah dekat adik-beradik  takut plak. .malu pun ada. Facebook ni anonymous sikit. jadi luah kat facebook.. Lepastu lama-lama dah tak anonymous dah. Siap bubuh gambar selfie dekat facebook.. kat timeline pulak ada ayat-ayat desperado, ayat jiwang,ayat sedih. Tapi itu time budak-budak je lah. Sekarang pulak asyik Rant, Kritik itu ini tak betul.. Malaysia tak betul, Pemimpin tak betul.. bla bla bla.. Just sekadar memenuhi keperluan psikologi je..

Rasa dengki dengan iri hati  jugak bila tengok orang lain lebih kaya, lebih hensem, lebih cantik, lebih ada kehidupan yang lebih baik.. orang yang melebih-lebih.. Tipulah kalau takder rasa.. Jadi kita kena salurkan melalui medium yang betul.. Kena sabar, tenangkan hati.. takpun kita jadikan rasa iri hati tu sebagai semangat untuk ubah kehidupan kita kepada yang lebih baik.. Kena ada rasa bersyukurlah..

sebenarnya aku tak tahu la apa yang aku nak cerita.. aku just nak cerita masa sekolah aku je.. Pengajaran kat sini.. Kawallah Nafsu menggunakan Akal Fikiran.. Agama tu memang basic kehidupan kita.. tu sebab lahir-lahir je kita dah kena azan ngan iqamat..  Salurkan Nafsu Amarah,Hawa nafsu anda melalui medium yang betul... Sebenarnya kalau cikgu suruh cari pengajaran dari cerita di atas, banyak boleh korang ambil pengajaran.. sebab pengajaran banyak datang dari pengalaman. .jadi kat atas tu aku cerita pengalaman aku la tu.. Klah..  Assalamualaikum




0 comments:

Post a Comment

 
;