May 11, 2013

Kenduri Di Kedah

harharhar.. spm dah selesai,result dah keluar,result permohonan untuk sambung belajar juga banyak yang dah keluar. ak dapat matrik gopeng,perak.Selain itu, dapat jugak KPM,KPTM,UNIKL,GMI. ada 1 course yang dapat dari UNIKL tu memang aku minat iaitu fisioterapi. Alhamdulillah. matrik ak not sure mahu pergi atau tidak kerana takut sangat andai tak boleh survive. Kalau lari or kena tendang dari matrik tu disebabkan pointer rendah malu digelakkan oleh budak-budak  form6 dari kelas aku dari zaman smk dulu. Kawan ak shahrul dah siap warning aku dah. ceh mentang-mentang form6. form6 pun bukannya senang. kalau ada niat nak main-main maka batalkanlah niat anda untuk main-main.. bukan batalkan niat untuk belajar kerana belajar itu wajib  bila-bila masa sekalipun, tambah-tambah dengan keadaan dunia yang penuh persaingan ni. Mungkin aku masuk matrik, even ada orang kata susah-susah tapi sebenarnya susah sebab tiada usaha. Pegang pada prinsip ni "tiada yang senang dalam hidup ini". Bukankah Quran sendiri mengatakan umat islam sentiasa diuji? jadi usahalah :)

sekarang ni tengah tunggu result UPU. time tulis ni 11/5 ak baru je balik dari kenduri kahwin kak long tapi ni belah laki kat changkat jering,taiping.. bukan kak long aku pun just ak panggil kak long sebab tak tahu nak panggil apa. kak long ni sedara kepada kawan ak..n ada sorang lagi kak ngah yang comel.. harharhar moga kembang membaca post ini. sporting jugak beliau..oklah sebenarnya ak nak cerita apa yang terjadi kat kedah haritu.. bagi aku pengalaman kat sana menarik jugak lah. :)

ak dijemput untuk datang ke kenduri kahwin kak long a.k.a kak Siti Nur Aliaa + Amirul  kat kedah. Amirul tu tak berapa kenai.. sebab tak rapat sangat dengan keluarga belah lelaki... tarikh nikah hari Rabu petang tu kat masjid di padang serai,kedah. Walimatul Urus akan diadakan pada hari sabtu bersamaan 4/5/2013 (ikut kalendar kat desktop ni). Jadi kami datang lebih awal kononnya mahu bergotong royong membantu untuk melancarkan urusan walimatul urus tu tapi kami lebih kepada bermalas-malasan kat sana. Ada la jugak tolong pasang sebuah kanopi, susun-susun meja,lap meja,pasang alas meja, siang ayam dsb..Entah ak pun takder mood nak tolong..sebab mengantuk,sebab dihasut,sebab malas.. harharhar. shahril punya pasal ar.. ngelat-ngelat plak...tapi lagipun ak mang ngantuk gila haritu..tidur lambat.. malam-malam gi karaoke pulak kat bilik tidur..memang hancur la..haha


first day tu paling seronok. gi tengok orang menikah..wonder if ak yang menikah suatu hari nanti.. berdebar-debar. Masya'Allah bahagianya rasa..tambah-tambah pulak dapat yang solehah..Amin.. Abis sesi akad nikah tu.. balik macam biasa la rehat dulu sikit2.. waktu kami datang tu kanopi seme tu dah siap pasang dah.. cuma 1 lagi kanopi nak tambah.. ramai kanak-kanak je kat rumah tu. ak tidur kat bilik atas dengan shahril.. semua budak-budak seme segan nak sembang dengan ak. .ak lagi la segan. dah la duk menumpang rumah orang.. ada anak dara pulak tu kat sana.. paling takut time nak pergi mandi.. hadoi lahh. tapi lama2 dah biasa dah. ak duk sana untuk dalam 4 hari 3 malam je la.. tiap2 malam buat bising dengan menyanyi kat atas rumah tu.. ada 1 malam je senyap sikit. sebab ngantuk sangat k.



dua orang budak cute :D

kesimpulannya sangat seronok la pergi sana :) gambar ade je tapi seme guna henfon kak ngah  yang mahal. .jadi gambar dia sangat tinggi la jugak kualiti dia.. harharhar... apepun memang seronok la. Lebih kurang 2 minggu aku stay taiping. Menumpang rumah orang untuk cari kerja.. kerja dapat la jugak dekat restoran SBK wisma corner. Shahril rekemen ak kat situ.. ak dapat jadi waiter last2 dia kena buang..jadi rasa tak seronok plak. lagipun duduk rumah lama-lama bukannya orang suka..dah la balik pukul 2 pagi.. susah macam tu.. tak percaya try la.. panggil la sape pun duduk rumah korang.. lebih dari 3 hari confirm rasa tak best dah.. tak kira la ikut perasaan Tuan Rumah atau  orang yang menumpang.. Baru aku faham kenapa mak ngan ayah aku marah sangat bila ak duduk rumah orang.. diorang bagi aku duduk taiping ni pun before tu tanya macam-macam. "Mak ayah dia ok ke hang tumpang rumah dia?" pergh.. ak pun tak tahu perasaan orang .. wallahua'lam. banyak kali pulak tu tanya.. ak risau jugak kot tak suka ke. dengan bangun pagi lewat..tergolek kat atas toto depan ruang tamu tu.. ish3. tapi nak buat macam mana. ak tak biasa kerja penat-penat then bangun awal pagi.. lagipun ak tak macam fahmi yang kat sekolah dulu :'(

dari kiri kak shidah.. tengah tu shahril..

hahahaha posing ak mang camtu.. aduh kurus kering.

hakak ngan galah.

4 hari 3 malam tu memang best la. seronok dapat pengalaman banyak jugak.. faham perasaan budak-budak macam mana. Alhamdulillah.. ak memang suka kawan ngan budak-budak maybe sebab otak ak budak-budak jugak. kejap-kejap tanya pasal computer games, ultraman la batman la,masked rider la tu semua makanan aku..bila tengok budak-budak main kejar-kejar teringat balik kehidupan waktu kecik-kecik dulu.. 1 benda nak jujur ak rasa ak jatuh hati kat kak ngah.. harharhar. umur dah 22 tahun. ak underage lagi. adeh.. lagipun ak rasa something rasa macam ada yang tak suka kalau ak rapat sangat ngan dia. ye la kan.. hakak comel ada la ramai peminat..lagipun dengar citer dia ada peminat setia dari terengganu..sejak dari zaman sekolah lagi.. ewah. dun ask me where i got dis rumour. harharhar... secret ok.!.. Kalau setakat nak berkawan boleh lah.. tapi aku serik berkawan dengan orang tapi aku jugak yang jadi mangsa keadaan kata aku mengorat la hape la.. padahal ak just kawan ja..mesra sikit-sikit ada la.. too many jelly people out there..  kalau benci aku cakap je benci :). ak terima.. asalkan ak tak susahkan hati orang..taknak aku dalam jalan hidup korang cakap awal-awal.. ak bukan jenis kisah sangat pun.. kalau ak tak kawan dengan orang nanti kata menyombong plak..entahla hati manusia kita jaga siapa pulak la yang nak jaga hati kita?..

Nak cerita jugak kenal dengan seorang gadis ni dari kelantan. FHCR. hahaha. oklah kami cuma berkawan. tiada istilah couple dalam kamus kami selagi waktunya belum tiba.. ak dah jemu dengan couple.. rasa sakit hati dsb.. rasa taknak dah.. biarla ak tunggu. sampai tiba waktunya.. entah perasaan dia kat aku pun tak berapa pasti macam mana..entah main2 je ke ape ke aha jadi biarlah rasa itu disembunyikan..jangan la ucap apa-apa yang boleh sentuh perasaan.. risau nanti ter"cinta" pulak.. last2 matrik ke mana,diploma ke mana.. degree berterabur.. ak harap dia pun mampu sembunyikan perasaan dia.. dan aku pun sama.. just kadang2 tu terlepas jugak.. tapi anggap je la itu gurauan..supaya tak terasa sangat nanti..biarla ak dengan semua orang yang aku kenal ni berkawan sampai la waktu yang sebenar-benarnya mengizinkan.. Biarla kami berkawan dulu.. mengenal hati masing-masing..

apapun suka dekat sapa pun jatuh hati kat sapa pun.. kalau usaha takder pun tak boleh jugak :). pendapat orang sekarang bagi aku salah. diorang selalu cakap "jodoh adalah ketentuan Allah". ye Jodoh adalah ketentuan Allah,Qada' dan Qadar Allah selepas usaha.. ye.. jangan silap . Kita belajar bersungguh-sungguh tapi tiba-tiba result tak cemerlang lagi walaupun kita dah perbaiki usaha kita.. itula dipanggil ketentuan.. bukannya kita tunggu menongkat dagu... tapi kena usaha.. cari jodoh, gi masjid..jumpa imam muda yang soleh..  kita pun mula la gitau mak ayah suruh merisik imam tu tu.. so itula antara usaha dalam mencari jodoh.. nampak macam pelik kan perempuan merisik orang? tak pelik pun. Tokwan saya dulu belah mama sampai 2 orang pergi pinang dia.. Subhan'Allah..  tapi itu la orang dulu-dulu. diorang merisik sebab tengok agama orang tu bagus.. hebat..tapi kalau orang sekarang kena tengok rupa,pangkat n harta dulu.. kalau mati esok hari apa la guna dengan pangkat dan harta tu lagi.. ? 

Harap dapat la mewarisi akhlak tokwan aku.. ak pun tengah cuba perbaiki diri..tapi kadang2 terikut jugak perangai yang lama. Nauzubillah hari ni macam-macam ujian yang ak nampak..dulu ak rasa diri aku ni hebat.. asyik suruh orang jauhi maksiat,jangan tinggal solat..nak jadi macam daie,ustaz.. sebab dulu tak diuji yang sebetul-betulnya.. tp sekarang lain,susah nak tempuh.. wanita tak tutup aurat itu juga ujian kepada yang lelaki.. Hati umat akhir zaman buta sebab ini barangkali..Jemaah pun jarang sebab macam-macam hal.. dengan hangout nya,malasnya.. dsb. ak tak jumpa lagi orang yang betul-betul perfect dari segi akhlak dan tauhid nya..sampai la ke hari ini.. dulu pernah aku cadang nak masuk tahfiz untuk 3 bulan lepas SPM tu. tapi semua dah jadi niat yang terkubur je..ak lalai n leka dengan apa yang ada..yang aku fikir cuma kahwin,kahwin,kahwin.. sebenarnya ak ada sebab kukuh sebab apa aku nak kahwin awal.. tapi ikut keadaan diri aku ni.. rasanya still tak mampu..mak ayah pun dengar cita nak kenduri nak standard macam orang-orang sekarang.. ak syorkan kat diorang nikah khitbah(gantung) tapi diorang macam tak berminat :'( sad life ever after.. kalau nak nikah khitbah pun.. ada ke calonnya? macam-macam masalah umat sekarang.

Allah makbulkan doa-doa yang aku mohon time SPM dulu.. ak masih ingat doa yang aku minta.. Sungguh ia bukan suatu dusta atau penipuan atau kebetulan tapi memang semuanya dimakbul oleh Allah..oleh Qudrat Yang Maha Esa.. tapi diri ak semakin mundur....mundur dan terus mundur... mampu kah aku berjuang lagi? Doakan aku kawan-kawan.. setiap Doa korang tidak akan sia-sia.. kepada kawan-kawan kat luar sana yang pandang tulisan ak ni dan terus men"judge" diri aku ni baik.. mohon abaikan perasaan korang tu. ak taklah sebaik yang korang sangka..hanya Allah yang tahu jahat baik aku.. apapun ak belajar dan terus belajar untuk menjadi seorang yang baik.. Jujur,Amanah,Sabar dan sabar itu semuanya ada pada Rasulullah.. paling teruk pun biarla sikap ni masih bersemadi dalam diri aku. cukuplah korang nak kata aku lurus ke ape ke.. tak kisah :)..."Allah akan bantu orang-orang mukmin dan orang yang cuba perbaiki dirinya.". Berbohong ke apa ke harap dapat dijauhkan... sejak azali ak sebenarnya memang tak suka berbohong.. entah ada semacam rasa kat hati aku bila berbohong..

wallahu'alam.. ampunkan dosa-dosa ku kawan-kawan.. aku ni cuma manusia biasa yang cuba berubah.. kepada kawan baik aku..kadang2 gurau kasar,panggil macam-macam.. maafkanlah aku..ak sentiasa mengharapkan kemaafan korang..ak sebenarnya jenis suka menyendiri..kadang-kadang mungkin aku lari dari korang sebab ak memang dari kecik macam ni.. mohon tegurla aku kalau ak banyak buat silap,tak senangkan hati korang.. jangan kutuk belakang.. sebab nanti aku jugak yang rugi. .cakap je depan-depan...insya'Allah aku cuba perbaiki diri...


2 comments:

FarahHakimah said...

ceh.. punya panjang entry. hahaha.. baguslah berubah ke arah yang lebih baik. Jangan lupa doakan aku jugak. Sama-samalah jadi baik (Y)

-xdeath said...

ok awk :) saye doakan awk selalu jugak. .

Post a Comment

 
;