February 25, 2012

Sebuah Konflik

berlaku pada hari aku tulis entri ni.. maybe pengajaran buat aku jugak. Hari Jumaat, aku macam biasa gi sekolah.. Ada sambutan Maulidur Rasul. Seorang penceramah dijemput dari kolej islam chandan puteri rasanya. Aku duduk kat belakang tiang kat dewan tu. So waktu penceramah berceramah aku tak nampak muka dia lalu membuatkan aku mengantuk tahap dewata raya.Yang aku ingat penceramah banyak menyentuh isu Akhlak dalam kalangan pelajar. dewata raya apa tu? . Abis ceramah ape sume ade persembahan nasyid.. aku tergelak waktu dengar nasyid diorang ni. Luahan batin kepada zahir, aku rasa suara intro hampeh.. maybe budak ni darah gemuruh agaknya. Suara terketar-ketar, kesian pun ade . Tapi aku yakin suara diorang ni sesuai dengan alunan nasyid tu, entah macam mana boleh hancuss untuk persembahan pagi tu. Ada dua orang lagi suara boleh tahan. Agak-agak aku diorang ni dah biasa karaoke jadi takder la darah gemuruh..


seperti biasa, aku balik rumah pukul 12:10 lebih sikit dalam 2-3 minit camtu. Balik-balik aku buat semakan anime yang aku tengah download sekarang ni. iaitu anime FairyTail untuk 117 episod.. bersamaan 10GB. ambil masa 10 hari agaknya sebab aku guna jdownloader, selalu connection dia refused n something wrong kat plugin jdownloader ni. pukul 12:40 gitu aku siap-siap la gi jumaat, dengar je bunyi azan aku terus bergegas ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Alhamdulillah dapat bertemu sayyidul ayyam untuk kali ke berapa dah ni. haha.

Usai Solat jumaat,  aku ready untuk gi tuisyen. Berbekalkan RM5 ayah aku bagi + duit untuk repair mentol lampu kat motor tu. Aku menunggang dengan lajunya ke Pusat Tuisyen Indera di Kuala Kangsar. 170km/j kot.. kahkah padahal motor ex5 je.. aku bawak tak laju dalam 100km/j je paling laju.. sampai je pusat tuisyen indera, dengan berpakaian hitam dan berseluar jeans topman. aku berjalan menuju ke kelas tuisyen. Baguslah kira tak ramai orang waktu tu. Jadi aku boleh duduk depan. Kelihatan si aizat di dalam kelas manakala   si spek aku tak ingat nama dia.  tunggu kat depan kaunter kerani tuisyen tu.

Natsu the salamander hehe.. antara watak feberet dalam fairytail.










Si spek sambut salam aku, dan ada 2 orang lagi muka yang aku agak kenal tapi sorang tu tak berapa nak kenal sebab dia budak baru. Selepas itu, aku meluru masuk ke kelas tusiyen untuk meletakkan beg yang berisi dengan pelbagai jenis ilmu. "weih jom gi turun sat, aku nak pi beli makan ar.. lapaq". Kata aku kepada si spek. Aku gi pasar mini dekat-dekat tempat tuisyen tu then aku beli air nescafe mocha untuk 1 tin.. sedap minum nescafe ni. btw hati2 sebab nescafe boleh merosakkan buah pinggang kalau diamalkan selalu. Aku kembali ke dalam kelas semula.

Tiba-tiba, cikgu B.inggeris pun masuk. "good evening everybody". said the teacher. aku diamkan diri sambil minum mocha tadi. then cikgu tu kasi kertas suruh buat soalan. boleh tahan la soalan latihan dari kertas tu. takder la susah mane.. sonang jo. Seterusnya, abis kelas B.inggeris, kelas sejarah pun bermula, kelas sejarah ni paling bising. Mentang-mentang cikgu tu baik.. Bukan nyer aku nak racist, tapi budak india lelaki dalam tu memang mulut "bising gila" sampaikan aku nak jawab soalan pun susah. Otw nak balik nyaris aku berlanggar dengan seorang pakcik ni kat roundbout, maklumla hari hujan..

H kawan sekelas tuisyen aku.. Terus terang niat aku gi tuisyen tu aku nak belajar tapi entah bertukar kepada lebih mencari kenalan perempuan. Aku just senyum-senyum je la. Memang aku berkenan kat H ni sebab kelihatan muslimah. N susah nak cari muslimah macam tu. Ini lah yang sebenarnya aku nak cerita.



mengikut hasil risikan aku, H ni sebenarnya dah ada boyfriend. Budak kolej islam aku rasa. tak pun budak maahad. Budak maahad. Budak agama la katakan. haha. Malam tu abis Solat isyak, aku perhabiskan masa aku dengan menonton fairytail je.. sampai beberapa episod. Tiba-tiba henfon aku berdering ring ring.. no yang tak dikenali! huh?.. aku angkat la.. dialog dia camni la " kau jangan mesej ngan umai lagi, aku nak bertunang dengan umai, ayah dia hantar tuisyen bukan nak berkawan. .tapi nak belajar".. lolwut?

actually aku nak facepalm, mengapalah ada manusia macam ni? seriously aku tak faham. Bf dia boleh call cakap macam tu? yang paling tak boleh bla sebab identiti dari kalangan orang agama. Bertunang pun belum actually, disebabkan title "bakal tunang" tu aku mengalah je la. Lagipun aku ngan H cuma kawan je pun. Dan aku ni bukan nak berlagak bangga diri apa semua. Cuma aku ni hormat orang tak kira la siapa. Dan aku bukan jenis cari gaduh dengan orang. Aku tak suka cari masalah ngan orang. Kalau boleh aku nak hidup tanpa masalah n semua orang sayangkan aku dan aku boleh sayang semua orang. btw kalau orang cari gaduh ngan aku tanpa sebab aku rembat je. Nampak muka nerd macam ni apa ingat aku Zero ke? dah tertakbur plak. adehh..

memang betul cinta tu buta. Dibutakan nafsu. apabila cinta, akal susah untuk menerima sebaliknya nafsu yang akan menjadi akal tak kira la orang tu dari kalangan orang agama, doktor or it could be anybody out there. Aku berpesan kepada diri aku sendiri, sebenarnya dunia ni hanya sebuah Persinggahan, manusia umpama perantau..merantau dari alam roh ke alam rahim, dari alam rahim ke alam dunia, dari alam dunia ke alam kubur untuk jasad dan barzakh untuk roh.. seterusnya alam akhirat. If kecantikan dunia tu pun kita tewas so di mana darjat kita di sisi Allah? tak dinafikan cinta fitrah manusia.. tapi janganlah cinta yang didorong dengan nafsu. Alhamdulillah nyaris la Bf dia ni bijak, sebab cakap cara baik. Kalau terus meluru. Entah habis telanjang semua...

Cubalah melawan nafsu, jihad paling besar adalah melawan nafsu.. you can do it. memang susah sebab tu nafsu dibahagikan kepada 7 tingkatan. tapi kamu boleh buat..  ni SPM ni pamy.. do your best.. you're the best. If spm 10A+ then easy la life kau nanti. Nanti ada lah jodoh, bak kata Alauddin (kawan dan pembimbing aku), banyak jodoh kat universiti nanti.. mungkin aku terpaksa akur dengan kata-kata cikgu alauddin.. haha. ingatlah darah remaja ni memang susah sikit nak kawal. Perlu bimbingan sebenarnya. Yang penting jaga hubungan dengan Allah dan Manusia " wa yaqulu linnasi husna".. "berkata baiklah kamu sesama manusia".. sedangkan Al-Quran dah suruh kita berkata baik sesama manusia inikan pula  nak bergaduh sesama manusia? dan lagi satu "La taqrabu az zina".. "Janganlah kamu mendekati zina".. aku tak hafal kedudukan ayat-ayat ni tapi ada dalam Quran.. n lagi satu jangan amalkan hedonisme sangat. .sebab tu semua sia-sia..

"dari mata turun ke hati, hati yang buruk bakal merosakkan diri".. Wallahua'lam.. semoga kejadian hari ini menjadi pengajaran untuk masa akan datang. Anggaplah ini semua sebagai petunjuk dari Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
;